Sebelum ini kita begitu kecewa bila anak tak peduli kehadiran kita sekembali dari kerja. Rasa nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa pula! Kini, kita diberikan peluang untuk bersama anak-anak dan keluarga 24 jam sehari. Gunakan waktu ini untuk berdampingan dengan anak-anak dan biarkan pembantu rumah anda selesaikan tugasan rumah yang lain.
Tip ringkas dan spontan, aktiviti di tempat tidur
Anda sudah banyak meluangkan masa di pejabat. Di rumah, inilah masanya untuk anda luangkan bersama keluarga terutamanya si kecil. Ketepikan telefon bimbit dan komputer riba agar anda tidak berasa terganggu dengan kerja.
Luangkan sedikit masa pada waktu pagi bersamanya. Sebelum ke tempat kerja, mandikan si kecil dan ajak si kecil memilih baju yang ingin dipakainya. Siapkan sarapan pagi yang paling digemarinya. Sukar untuk menjadikan aktiviti pagi sebagai rutin harian tetapi anda perlu berusaha demi kebahagiaan si kecil dan anda.
Jangan ego untuk belajar dari pengasuh. Ambil seberapa banyak maklumat dari mereka mengenai apa yang disukai dan yang tidak disukai. Fahami keletah si kecil dengan baik agar anda juga boleh mengikat tali kasih sayang bersamanya.
· Tingkatkan bonding
Teruskan usaha untuk mendekatkan diri anda dengan si kecil. Beri perhatian yang berkualiti kepada mereka dengan tutur kata yang lembut, belaian pada rambut mahupun tatapan mata yang membuat si kecil merasa dekat dan disayangi.
Pada waktu cuti, luangkan masa sepenuhnya bersama anak. Tidak perlu membiarkan pengasuh mengambil alih tugas anda. Jika boleh, jangan melibatkan langsung pengasuh dalam hal di antara anda dan si kecil.
Pengasuh bukan musuh anda tetapi mereka adalah support sistem yang mendukung peranan anda sebagai wanita berkerjaya dan sebagai ibu. Jika anda ingin menerapkan pola asuh yang tepat mengikut anda, beritahu pengasuh dari awal.
Walaupun sibuk bekerja, sedikit waktu yang diambil untuk menghubungi anak amat bermakna buat mereka. Cuba hubungi mereka dua atau tiga kali sehari. Bertanya khabar, aktiviti mereka dan sebagainya. Dengan cara ini, mereka tahu bahawa mereka sentiasa diperhatikan.
This website uses cookies.