Setiap anak selesa menjadikan peribadi ibu tersayang sebagai inspirasi terdekat mereka. Tidak terkecuali, penyanyi nombor satu negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ternyata dia cukup mengagumi peribadi ibu tersayang iaitu Siti Salmah Bachik atau mesra disapa Mak Salmah.
31 Disember lalu genap 71 usia ratu hati Dato’ Sri Siti ini. Menerusi media sosial, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berkenaan memuat naik video yagn memaparkan momen indah dirinya di samping Mak Salmah.
“31 December lahirlah bidadari syurga yang sangat saya sayangi. Selamat Hari Lahir Mak Salmah. Mak wanita hebat, Mak wanita solehah dan selalu menjadi idola Siti, Mak.
Tegas dalam lembut, baik budi pekerti, tinggi adabnya dan pemurah serta sentiasa bersangka baik.
Itulah sikap Mak Salmah. Sentiasa nak senangkan orang lain sebab itu Allah SWT berikan kebaikan kepada Mak.
Semoga Allah SWT beri iman, kesihatan dan rezeki melimpah ruah buat Mak agar Mak dapat buat amal jariah ye Mak. Sayang Mak tiada bandingan.”
Rata-rata peminat penyanyi kesayangan ramai ini turut menitipkan ucapan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan Mak Salmah.
Ada juga di antara mereka yang meluahkan rasa senang terhadap sikap baik ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini yang murah dengan senyuman dan merendah diri.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/comel-anak-kelima-siti-sairah-majlis-akikah-cukur-jambul-muhammad-shakeel-khalish-meriah/
Tidak hairanlah Dato’ Sri Siti juga memiliki peribadi sebegitu. Mewarisi sikap ibu tersayang rupanya.
Mak Salmah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Tarudin Ismail iaitu seorang pegawai polis. Ketika membesarkan anak-anak, insan hebat ini juga aktif berniaga.
Hasil perkongsian hidup dengan bapa Dato’ Sri Siti, Mak Salmah dikurniakan tujuh orang anak. Tiga daripada adik-beradiknya turut menceburi bidang nyanyian iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah.
Semoga Mak Salmah terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
This website uses cookies.