Makan Jamu & Minum Susu Kambing Sejak Kecil, Rahsia Kekal Cantik DIANA RAFAR Pada Usia 40

Walau pun kini jarang muncul di kaca televisyen, pelakon dan usahawan Diana Rafar sentiasa aktif di mesia sosial.

Bagi Diana, keluarga adalah keutamaannya sekarang ini sementelah anak-anak pun dah makin membesar.

Melihat penampilan terkini ibu kepada tiga orang anak ini, seperti tak percaya umurnya dah mencecah 40 tahun.

Masih menawan, badan langsing persis anak dara, kulit pun halus mulus je.

Ketika dihubungi Majalaha Nona, isteri kesayangan kepada aktor popular, Zamarul Hisham ini mendedahkan rahsia kekal cantik dan sihat.

“Sebenarnya sejak turun temurun lagi saya memang suka makan jamu.

“Dan terhasilnya produk susu kambing Diana ni adalah petua sebenarnya daripada family turun temurun.” 

 

Keluarga tersayang Diana Rafar.

Diana turut mendedahkan, ketika kecil kulitnya tidak secerah seperti sekarang dan dia sangat mengimpikan untuk memiliki kulit yang cerah.

“Kalau nak ikutkan dulu masa kecil saya tersangatlah gelap. Diana nak sangat-sangatlah cerah-cerah, nak sangat putih.  

“So, keluarga paksa saya minum susu kambing atau pil susu kambing dan pakai susu kambing. Jadi, susu kambing ni sinonim sangat dengan saya untuk kecantikan kulit.  

“Bila dah dewasa, saya terus amalkan dan buat pula produk berasaskan susu kambing bukan untuk kulit saja tetapi juga untuk antibodi, awet muda, kekal bertenaga. Lelaki dan perempuan dua-dua boleh amalkan.

“Jadi, fungsi susu kambing ni bukan satu saja. Sebenarnya ia merangkumi semua dan minum susu kambing adalah sunnah juga. Dengan mengamalkannya, kita akan terasa lebih bertenaga

dan awet muda,” kongsi Diana yang berasal dari Kuala Lumpur.

PERCAYA REZEKI ALLAH

Diana turut berkongsi bagaimana persediaannya jika suatu hari nanti dia berhadapan dengan detik kejatuhaan dalam bisnes.

“Dalam bisnes, saya percaya rezeki tu bukan kerana kita mengharapkan sesuatu content, ya, usaha itu perlu ada.

“Tapi sebenarnya rezeki tu kalau kita letakkan keyakinan seratus peratus bahawa Allah yang bagi rezeki dan pada masa sama kita berusaha berzikir, berselawat, cari ilmu untuk rezeki bukan ilmu dunia tapi ilmu akhirat inshaAllah bisnes kita akan sentiasa stabil.  

“Kalau jatuh pun tidaklah teruk sangat. Kita yakin Allah yang atur segalanya, hanya Dia yang tahu kehebatan kita. Bergantung kepada manusia, bukan kepada content. Allah yang beri tapi kita tak boleh duduk diam tunggu rezeki tu.  

“Kalau kita betul-betul nekad dan tahu Allah yang atur segalanya inshaAllah kita tak akan rasa sangat terjatuhnya sesuatu bisnes itu,”

akhiri Diana.

Anak bongsu daripada enam beradik ini merupakan adik kepada Linda Rafar yang juga seorang pelakon, penyanyi dan usahawan.

Untuk info, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar pernah menyertai kumpulan G.I.M pada 1998. Dia mula berkecimpung dalam bidang seni sejak berusia lima tahun.

Kredit Foto: Instagram Diana Rafar

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Amy Mohd