Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi tip untuk mengurangkan gula dalam darah. Mudah sahaja caranya tapi kenalah KONSISTEN.
Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang.
1. SENAMAN Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin.
Dengan senaman juga, dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul.
2. KAWAL PENGAMBILAN KARBOHIDRAT Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel.
3. TINGKATKAN PENGAMBILAN SUMBER SERAT Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah.
Ads
4. MINUM BANYAK AIR, KEKAL HIDRASI Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah, dan buah pinggang boleh mengalirkan gula berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. KAWAL PENGAMBILAN KUANTITI MAKANAN Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil. Makan kerap, bukan makan banyak.
6. PILIH MAKANAN KURANG GLYCEMIC INDEX Glycemic Index bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.
Ads
7. KAWAL STRES, TIDUR CUKUP Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stres dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik.
8. PANTAU KADAR GULA DALAM DARAH Sentiasa pantau dan ukur tahap glukosa darah. Dari situ anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
9. AMAL MAKANAN TINGGI MAGNESIUM Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes.
Ads
Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang dan kekacang.
10. TURUNKAN BERAT BADAN Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah, ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Semoga kita sama-sama lebih peka dengan kesihatan kerana ia adalah harta yang tidak boleh ditukar ganti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lawa anak gadis Faizal Hussein dan Suhaila Sulaman! Sebut sahaja nama Faizal Hussein pasti ramai yang terkenang filem-filem box office lakonannya. Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 misalnya telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air.
Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Bagi peminat seni negara, bakat Faizal Hussein tidak perlu dipertikaikan lagi. Cukup berdisiplin di set penggambaran dan mampu membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin antara faktor mengapa dirinya kekal relevan sampai sekarang.
Yang pasti, kehebatan anak seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap teguh meskipun Faizal kini mencecah usia 55 tahun.
Sudah menjadi lumrah anak seni dan public figure, pastinya kehidupan dan keluarga Faizal Hussein turut menerima tempias dunia glamor. Selain penampilan suri hatinya, Suhaila yang juga seorang pelakon satu masa dulu, kelibat anak-anak Faizal turut menjadi perhatian peminat.
Menerusi perkongsian Suhaila di media sosial miliknya, anak gadis mereka iaitu Fazryn kian meningkat dewasa dan semakin cantik. Fazryn menyambut ulang tahun kelahiran ke-17 pada 5 Jun lepas.
Momen sambutan hari lahir Fazryn diraikan bersama ibu bapa dan adik lelakinya di sebuah hotel ternama. Mengamati wajah manis anak gadis ini, pasti ramai peminat terkenang wajah arwah neneknya iaitu Mahyon Ismail.
Faizal Hussein dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Fazryn dan Fazrick yang kini berusia 14 tahun.
Mengamati wajah kedua-dua cahaya mata ini, mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila. Fazrick misalnya cukup berbakat dalam bidang seni sama seperti ibu dan bapanya tidak kurang juga Fazryn yang cemerlang dalam akademik dan bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Lebih mengagumkan ialah cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Apa saja yang diminati mereka, baik Suhaila mahupun Faizal… mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang sentiasa dicemburui peminat.
Walau sudah berbelas tahun menjadi suami isteri namun kedua-duanya seperti pasangan baru berkahwin. Ada saja masa terluang, pasti mereka meluangkan masa bersama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sayang seribu kali sayang. Wajah mulus persis bidadari malangnya ‘part’ yang tersembunyi tidak terjaga. Bahagian ketiak walaupun ‘part’ yang tersembunyi namun tetap perlu diberikan keutamaan. Sebenarnya ada banyak cara untuk memcerahkan bahagian ini dengan menggunakan bahan-bahan alami yang banyak tersedia di persekitaran kita. Masalah ketiak hitam mungkin sahaja akan menyebabkan wanita rendah diri.
Antara penyebab berlakunya masalah ketiak hitam antara ialah penggunaan deodorant yang mengandungi alkohol. Apabila terlalu lama menggunakannya maka ketiak akan menjadi hitam. Selain itu mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi kehitaman. Sebenarnya ada cara alami yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ketiak hitam.
Bahan-bahan semulajadi ini bukan sahaja murah, senang di dapati tetapi yang paling penting tiada kesan sampingan. Cubalah!
Timun
Potong timun nipis-nipis. Gosokkan di bahagian kulit ketiak. Biarkan hingga kering kemudian bilas bersih. Lakukan sehari sekali setiap hari secara konsisten. Dengan cara ini ia dapat membantu menghilangkan noda yang menghitam di bawah lengan anda.
Kunyit
Gosokkan hirisan kunyit di bahagian bawah lengan secara perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari cara ini untuk memutihkan bahagian bawah ketiak.
Betik
Gunakan betik yang masih muda. Kupas betik dan potong nipis-nipis. Kisar betik tanpa air sehingga hancur. Jadikan masker dan oleskan di bahagian ketiak. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali atau dua kali seminggu.
Kentang
Kupas kentang dan kisar tanpa air. Oleskan pada bahagian ketiak dan biarkan hingga meresap. Bilas dengan air bersih untuk mendapatkan hasil yang sesuai dengan keinginan anda. Boleh diamalkan dua kali seminggu.
Sengkuang
Dalam dunia kecantikan, peranan sengkuang sebagai pemutih kulit sudah tidak dinafikan lagi. Berbagai produk kecantikan yang dijual di pasaran hampir pasti mengandungi ekstrak sengkuang. Caranya mudah sahaja. Hanya kisar hingga halus sengkung. Sapukan pada bahagian ketika. Biarkan hingga kering kemudian bilas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama figura wanita yang satu ini, Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Bella Astillah pasti Nonarians terbayangkan si cantik kecil molek suri hati kepada Aliff Aziz ini.
Meskipun kini sudah berusia 29 tahun, namun penampilan jelitawan bertuit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, bella masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Justeru, NONA sempat bertanyakan kepada yang empunya badan, apakah ‘rahsia’ kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella.
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Semoga Bella Astillah kekal sweet dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...