Makcik Kiah Jadikan Kritikan Netizen Sebagai Penghormatan

Rambut kita sama hitam, tapi hati lain-lain. Walaupun zaman sekarang, jelas dan terang rambut pun dah macam-macam warna.

Dalam usaha kita menggapai cita-cita dan ingin berjaya dalam kehidupan pasti ada segelintir manusia yang biasanya punya niat cemburu, tak senang duduk dengan apa yang orang lain dapat. Tak kisah la yang berniaga gorang pisang atau punya empayar perniagaan jutaan ringgit, pasti ada tak senang duduk melihat rezeki orang lain.

Begitulah lazimnya warna kehidupan. Bagi Makcik Kiah yang dalam usaha memperbaiki peribadi dan meningkatkan ekonomi keluarganya dengan berniaga, juga tidak lari dengan kritikan-kritikan yang pedas dan pahit. Ada juga sesekali dapat cemuhan dan hinaan dari orang lain. Tambahan pula perniagaan Makcik Kiah sekarang viral

.

Kalau hujung tahun ini, Makcik Kiah naik pentas terima anugerah NONA SUPERWOMAN AWARD 2020 sebaris bersama wanita sukses lain, pasti lagi banyak yang panas dengan kecemerlangannya.

Ini bukannya omong-omong kosong kerana ada segelintir manusia yang sentiasa tidak puas hati dengan pencapaian orang lain. Patutnya diambil kejayaan Makcik Kiah itu dari sudut yang positif, belajar dan bersaing dengan sihat untuk maju bersama, namun sebaliknya ada tompok hitam dalam hati mereka.

Golongan ini tidak pernah duduk diam mengkritik dan mungkin sampai ke liang lahad. Sekuat-kuat Makcik Kiah dalam mengharungi kehidupannya, ada masa dia terduduk menangis sendiri. Sedih hatinya bukan kerana apa, kecewa dan sedih dengan sikap manusia yang sebegitu. Bagi Makcik Kiah, manusia begini tidak akan ke mana pencapaian hidupnya.

Percayalah orang yang duduk di atas tanah tidak akan pernah jatuh. Adanya mereka yang marah, kesal, cemburu atau sakit hati itu adalah kerana kita  punya lebih daripada mereka dari segi kebaikan, ilmu, sifat peribadi dan harta benda. Mereka tidak selesa dan senang melihat apa yang kita miliki.

Oleh itu, Makcik Kiah bangkit memperkasakan mental dan fizikal. Kuatkan kesabaran dalam hati serta tanamkan semangat yang positif dan ikhlas dalam usaha untuk terus melangkah ke hadapan. Makcik Kiah bersikap seperti batu karang, tetap kukuh berdiri meski diterpa ombak kuat yang menderanya setiap saat.

Makcik Kiah tidak mudah terpengaruh oleh kritikan atau cemuhan mereka, jika dibiarkan terpengaruh dengan suasana negatif itu, sepertinya membiarkan diri dikotori dan mencemarkan kehidupan sendiri.

Makcik Kiah menjawab dengan setiap perilaku negatif mereka itu dengan terus menunjuk akhlak yang baik. Bagi Makcik Kiah, kritikan mereka yang menyakitkan itu adalah satu penghormatan untuk diri sendiri. Semakin tinggi darjat dan kedudukan seseroang itu, maka akan semakin pedas pula krtikan yang diterima.

Makcik Kiah tidak mampu untuk menutup mulut mereka, menahan gerakan lidah atau menghentikan tangan mereka yang pantas memberi komen negatif di sosial media. Yang Makcik Kiah mampu hanya masuk telinga kiri dan keluarkan di telinga kanan, bersikap acuh tak acuh dengan kritikan tidak membina sambil medoakan kesejahteraan untuk semua. Kebiasaannya Makcik Kiah hanya diam seribu bahasa dengan cara memperbaiki akhlak dan meluruskan kembali kesilapan yang mungkin dibuat.

Kita sedar tidak semua manusia boleh menerima atau mencintai diri kita dan terhindar dari dicela. Jangalah kita berangan terlalu jauh. Tetapi kita untuk diri sendiri kita perlu tanamkan smengat dalam diri agar sentiasa lakukan yang terbaik, jaga peribadi, bersikap jujur dan ikhlas dalam kehidupan. Pesanan terakhir Makcik Kiah untuk jadi orang berjaya laluannya bukan mudah seperti apa yang orang sekitar nampak. Bila sudah berjaya, kekuatan itu perlu dipergandakan kerana lebih banyak dugaan yang hadir. Kiffy Razak

Share
Published by
Norzalina