‘Makeover’ Rumah Peninggalan Keluarga, JOHANN Serlah Kreativiti Melalui Kerja Kayu

Pemilik kediaman yang juga seorang pereka hiasan dalaman, Johann Nawawi, jiwanya lebih tenang dengan warna-warna neutral serta dekat dengan kehijauan alam.

Untuk kediaman ini, elemen natural dan dramatik bersatu dalam suasana yang cukup mendamaikan. Kediaman ini diberi sentuhan unik sekaligus menyerlahkan aura semula jadi pada setiap ruang. Pun begitu, sentuhan konsep minimalis turut diadun untuk mewujudkan keseimbangan.

UBAH SUAI

“Saya menetap di rumah ini sejak tahun 1979. Ia merupakan rumah peninggalan keluarga. Selepas bapa meninggal, saya terus tinggal di sini. Walaupun diubah suai, namun ciri-ciri lama masih dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sentimental. Strukturnya juga masih kuat dengan elemen batu-bata.

Asalnya rumah ini berbentuk kotak (segi empat) namun saya mengubahnya dengan memecahkan beberapa ruang. Bersebelahan ruang playroom saya buatkan courtyard yang dilengkapi dengan kolam ikan dan sangkar burung.

Saya memang suka courtyard dalam rumah kerana di sinilah ruang kegemaran saya terutamanya untuk berehat dan bersendirian. Kalau bersama keluarga biasanya kami akan berkumpul di ruang dapur.”

ELEMEN KLASIK

“Rumah ini tiada ruang dapur kering atau dapur basah. Saya gabungkan ruang dapur dan ruang makan. Sebelah luarnya saya buatkan taman mini dilengkapi pokok-pokok hiasan.

Selain itu, saya juga mahir dalam kerja-kerja kayu dan architecture maka ada sesetengah perabot mahupun hiasan dalam rumah ini dihasilkan sendiri seperti lampu dan meja. Selain sebagai hobi, saya turut ambil tempahan kerja-kerja kayu menggunakan tangan dan tradisional.

Dari bahagian lounge

sampailah ke ruang dapur saya menerapkan elemen simen. Saya turut menggunakan elemen-elemen klasik seperti pintu Melaka lama yang dijadikan sebagai partition antara entrance dan lounge.

Pintu itu memang saya cari di Melaka manakala interior dalamannya saya buat sendiri. Saya suka kumpul barang-barang dari negara Asia contohnya labu, kendi, tenun, keris lama dan pottery.”

 

Share
Published by
Amy Mohd