Macam anak daralah! Lama tak nampak kemunculan Erin Malek dalam drama atau filem tempatan. Teringat lagi lakonan Erin sewaktu membintangi filem kanak-kanak Tentang Bulan. Rasanya masa tu dia baru berusia belasan tahun. Dari zaman anak dara, sampailah sudah berumah tangga nampak makin cantik berseri. Walau sudah berkahwin… body maintain langsing. Hakikatnya, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek ini sudah empat tahun bergelar mak. Ada dua orang anak pula tu!
Berkahwin dengan jejaka pilihan yang juga anak kepada usahawan automobil ketika usia baru mencecah 20 tahun pada tanggal 10 Oktober 2014, isteri kepada Farriz Fauzy ini selamat melahirkan anak sulung mereka setahun kemudian pada 1 Oktober 2015.
Kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz tersebut nyata menyentuh emosi ibu muda ini kerana dia sepatutnya melahirkan sepasang kembar… namun takdir Allah, hanya Mohamed Faliq selamat dilahirkan.
Difahamkan, seorang lagi anak mereka meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga badan membengkak.
Berkongsi momen indah itu di IG miliknya, “Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu. Perasaan saya bercampur baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga.”
Dua tahun kemudian, pasangan suami isteri ini kembali dikurniakan rezeki anak perempuan yang kini berusia dua tahun. Nur Aisha Mohamed Farriz dilahirkan pada 10 Februari 2017. Alhamdulillah, dah sepasang dah anak Erin dan Farriz.
Sejak berstatus isteri dan mak orang, Erin memperlahankan aktiviti seninya dan agak jarang muncul di majlis-majlis hiburan mahupun kaca TV. Fokusnya kini lebih tertumpu kepada keluarga dan menguruskan dua orang anak.
Pun begitu, kelibat Erin Malek tetap menjadi perhatian dan sumber inspirasi peminat khususnya kaum wanita kerana mampu sentiasa tampil cantik dan bergaya walaupun ada dua anak yang masih kecil.
Meskipun kedua-dua anak masih kecil, namun Erin dan suami akan tetap bawa anak-anak pergi bercuti bersama. Terbaru, Erin sekeluarga baru sahaja pulang melancong dari Australia. Seronok tengok anak-beranak ni pergi bercuti. Tak kisahlah macam mana struggle
bawa anak bercuti, tapi Erin dan suami saling membantu menguruskan dua cahaya mata mereka dan sanggup angkut stroller sepanjang percutian.Berbicara tentang penampilan wanita jelita ini pula… Erin mendedahkan dia ambil keputusan untuk berhijrah dan tampil berhijab pada tahun 2016 selepas hasrat ingin memakai tudung disokong suami tercinta dan keluarga tersayang. Memang terserlah keayuan Erin Malek sejak bertudung!
Kredit: Instagram Erin Malek
This website uses cookies.