Gaya Hidup

Makin Anggun Lepas Bersalin, KERABAT DIRAJA PERAK-SELANGOR Ini Syukur Akhirnya Timang Anak Perempuan!

Comelnya bayi perempuan kepada personaliti kerabat diraja Perak dan Selangor ini! Saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang, Raja Petrina Suziana YM Dr Raja Putra Shah. Selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada Mei lalu, Raja Petrina meluahkan rasa gembira dan syukur kerana akhirnya dia dan suami dikurniakan anak perempuan. Alhamdulillah.

Makin anggun dan kembali langsing sejak bersalin, ibu muda ini mengakui cukup menjaga pemakanan seimbang sepanjang tempoh berpantang. Malah, kecantikan diri juga sentiasa menjadi keutamaan Raja Petrina walaupun tanggungjawabnya kini kian bertambah.

Menceritakan kembali momen kelahiran cahaya mata tersayang, jelitawan berusia 36 tahun ini terbuka berkongsi cerita. “Momen kelahiran anak ketiga ini ialah antara momen yang paling ditunggu-tunggu. Puteri Harissa Medina nama diberi dan dilahirkan di Hospital Ampang Puteri dengan berat 3.27kg.

Saya dah pass the due date dan suami ingat ada harapan untuk kongsi tarikh lahir sama dengan dia iaitu 18 Mei. Tapi dari 14 Mei lagi saya dah mula ada contraction. Bagaimana pun ia tak konsisten. Kejap ada rasa sakit, kejap hilang.

At last, saya decided to go to the hospital. Setibanya di hospital, nurse suggested induce. This is the first time saya induce, jadi memang takut. Tapi fikir nak keluarkan baby secepat mungkin, jadi saya setuju.

The moment they induced after 15 minit sudah terasa sakit. After 2 hours, puteri sulung kami akhirnya selamat dilahirkan. Saat doktor letakkan baby atas dada, subhanAllah, masyaAllah tidak boleh ditulis dengan kata-kata perasaan masa itu. Penat mengandung dan sakit semua hilang. Itulah kenangan yang tak dapat dilupakan.”

Ditanya penerimaan ahli keluarga dan adik-beradik yang lain dengan kelahiran Puteri Harissa Medina, Raja Petrina berkata seisi keluarga besar mereka teruja menyambut kehadiran bayi comel ini. Apatah lagi, ini ialah cucu perempuan sulung.

“Ya Allah, saya bersyukur sebab adik-beradik sangat excited terutamanya my parents. Maklumlah, ini ialah cucu perempuan yang pertama. Cucu yang lain semua lelaki. Jadi memang ramai bodyguard nanti. Setakat ini ada 7 orang ‘abang’ nak tolong jaga Puteri Harissa Medina.”

Sepanjang mengenali Raja Petrina, dia seorang wanita yang tinggi budi bahasa dan bersopan-santun. Walau ‘berdarah’ bangsawan namun ia sedikit pun tidak menjejaskan batas pergaulannya dengan orang sekeliling. Bahkan ayahanda dan bonda Raja Petrina mendidik mereka tiga beradik agar tidak membeza-bezakan pangkat atau darjat seseorang.

Menelusuri susur galur keluarga, Raja Petrina mendedahkan, “Saya berketurunan kerabat Perak dan Selangor. Bonda saya ialah Yang Mulia (YM) Tengku Soraya Yusuf binti Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Mohammad Yusof Shah.

Datuk saya pula ialah YAM Tengku Aris Temenggong Selangor Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ala’eddin Sulaiman Shah Al-Haj. Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dengan saya berpangkat ‘saudara’.

Manakala ayahanda saya pula ialah YM Dr Raja Putra Shah bin YM Raja Haji Shahar Shah keturunan kerabat Perak iaitu Sultan Idris Perak yang pertama. Datuk saya YM Raja Haji Shahar Shah bin YM Raja Harun Al-Rashid Ibni DYMM Sultan Idris (1). Moyang sebelah bapa ialah ‘Raja Kecik Sulong’, YM Raja Harun Al-Rashid iaitu anak kepada Sultan Idris (1).”

Mengulas bagaimana dia menguruskan anak-anak sepanjang tempoh berpantang, Raja Petrina tanpa berselindung memberitahu mengambil khidmat confinement lady (CL) untuk membantunya menguruskan diri dan bayi.

“Pada awalnya ada ambil CL tapi baru sehari, dia nak balik nak mintak cuti. Kemudian terus cancel. Betul-betul dugaan. Sementara nak cari CL yang lain, husband lah yang uruskan segala keperluan. Walaupun tak pernah ke dapur, dia sanggup masakan makanan pantang dan uruskan semua kerja rumah. Rasa lain kalau husband yang jaga. Ada hikmahnya juga CL tu cancel,” seloroh Raja Petrina yang menggemari ‘Grilled Salmon’ air tangan suami tercinta.

Tambahnya lagi, dia mengamalkan pemakanan sihat dan rutin kecantikan yang rapi demi mendapatkan tubuh badan asal di samping menjaga kulit wajah. “Ya, sekarang ni rasa lebih ringan lagi dari sebelum mengandung. Untuk penjagaan wajah, saya amalkan urutan muka setiap pagi dengan menggunakan skinvigorate sonic.

Selepas bersalin, selalunya muka akan sag, dengan mengamalkan urutan muka dan skincare yang bagus, kulit akan anjal dan lifted.

Amalan pemakanan pula, saya akan lebihkan sayur-sayuran. Buat masa sekarang, saya hanya makan ikut time. Breakfast, lunch, hitea and dinner.

Tak ada snack atau junk food. Sometimes tengah malam kalau saya lapar akan makan biskut dan milo.”

Bergelut menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tiga anak, Raja Petrina juga sebenarnya seorang perunding kecantikan. Dalam kesibukan mengurus keluarga, dia tetap ligat mencari peluang baharu dan berkongsi ilmu bisnes.

“Syukur kerjaya Mary Kay berjalan seperti biasa, saya selalu adakan class make up online. Paling best semasa dalam pantang pun ada income. Rezeki anak. Alhamdulillah, so happy dengan kerjaya di Mary Kay.

Saya menjadikan ini sebagai platform untuk terus berkembang. My vision is to have my own business. Saya baru sahaja launched my own product, PURETTY perfume hand sanitizer. Alhamdulillah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Syukur Allah telah permudahkan.”

Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Mohamad Hazril Mohamad Hadzim, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Putera Mohamad Hayden, Putera Mohamad Harriez dan Puteri Harissa Medina.

Share
Published by
Suzi