Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Ads
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Ramping Di Usia 44 Tahun! Ini ‘Rahsia’ Zizie
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Rajin WORKOUT Dan Senaman Adalah Kuncinya!
Ads
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Ads
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Lama tak dengar khabar Sasha Saidin. Sejak berkahwin dengan jejaka kelahiran Pulau Pinang pada Januari 2020, penyanyi cantik ini tidak lagi aktif dalam dunia seni dan memberi lebih tumpuan kepada keluarga tersayang. Apatah lagi, Sasha kini menetap di luar negara.
Aktif berkongsi aktiviti harian dan perkembangan keluarga di media sosial, Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin kian bahagia di samping anak dan suami tercinta.
Sebaik kembali bergelar isteri selepas lapan tahun menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, Sasha yang sah bergelar suri hati Sirhan Wahab memutuskan untuk berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi mengikuti suaminya bertugas dalam sektor kewangan di sana.
Berdasarkan posting di Instagram, kakak Zain Saidin ini berkongsi suasana Ramadan di Dubai dan kelihatan anggun berseri-seri tatkala mengenakan hijab.
Bukan hanya penampilan Sasha menjadi perhatian peminat bahkan anak lelakinya iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono atau mesra disapa Arya juga menarik tumpuan ramai kerana makin kacak dan tinggi lampai.
Ibu berusia 46 tahun ini turut berkesempatan berkongsi momen menunaikan solat tarawih bersama anak tersayang pada 1 Ramadan lalu. Walau bakal menghampiri usia 50 tahun namun pesona dan wajah cantik Sasha dikagumi peminat.
Malah ada yang berpandangan penampilan Sasha tidak ubah seperti zaman anak dara dan kekal awet muda!
Jelitawan ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada tahun 2003 namun berpisah selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Sasha kemudian bernikah dengan jejaka Indonesia iaitu Salyo Priyanto pada tahun 2007.
Bagaimana pun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Adam Aryasenna Notosoemarsono yang berusia 14 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut adalah mahkota wanita. Tapi jika kutu sudah mula bersarang di kepala, hati-hatilah takut ‘berjangkit’ dengan orang lain pula.
‘Bertarung’ sebelum menang!
Jangan fikir jika anda sudah menyingkirkan kutu dewasa, masalah kutu akan selesai. Anda salah kerana kutu dewasa akan bertelur pada helaian rambut dan ia akan mula membiak. Anda sebenarnya baharu saja masuk gelanggang pertarungan untuk memecahkan telur-telur kutu yang melekat pada rambut.
Rawatan kutu
Segera dapatkan rawatan di salun. Boleh juga dapatkan ubat kutu atau pediculicide di farmasi berdekatan. Baca dengan teliti arahan pada kotak ubat dan ikuti langkah ini:
Sarung kemeja-T lama dan duduk di dalam bilik air. Minta tolong daripada suami atau rakan supaya kerja-kerja ‘pembersihan’ dijalankan dengan lebih mudah.
Sapukan ubat pada rambut dan kulit kepala mengikut arahan pada botol.
Biarkan ubat meresap pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika, lebih kurang satu jam. Jangan biarkan terlalu lama.
Kemudian, basuh rambut menggunakan air, BUKAN syampu! Jangan gunakan syampu selama dua hari selepas melakukan rawatan ini.
Sikat kutu
Jika anda membuat rawatan kutu sendiri di rumah, gunakan sikat kutu yang berfungsi menarik telur dari rambut dengan lebih baik.
Bahagikan rambut kepada dua bahagian.
Bermula dengan kulit kepala, sisir rambut dari akar sehingga ke bahagian hujungnya.
Celupkan sikat ke dalam air suam bersama sabun untuk menanggalkan kotoran pada sikat dan membunuhnya serta merta.
Teruskan menyisir di setiap bahagian rambut dan bersihkan sikat setiap kali selesai menyisir satu bahagian. Kutu dan telurnya boleh dimatikan dengan air bersuhu 128 darjah Celsius. Rendamkan selama lima minit sahaja.
Bersihkan persekitaran
Setelah selesai dengan rawatan, bersihkan pakaian, cadar, sarung bantal, patung mainan dan pelbagai jenis fabrik yang digunakan dengan air panas. Kemudian keringkan dengan pengering panas.
Kutu mudah berjangkit. Bagi barangan yang tak boleh direndam dalam air panas seperti berus sikat dan perhiasan rambut, masukkan ke dalam beg plastik dan biarkan selama dua minggu. Kutu akan mati tanpa udara dan makanan.
Cuka epal
Anda boleh juga menggunakan cuka epal. Campurkan ½ cawan air dan ½ cawan cuka epal. Tuangkan pada rambut dan kulit kepala yang berkutu. Gunakan sikat kutu untuk memudahkan kerja anda.
Semburan minyak
Beberapa jenis minyak dari bahan semula jadi membantu menghilangkan kutu dengan lebih mudah. Bancuhkan lima titis minyak essential bersama 1 aun air. Antara minyak yang boleh digunakan:
Minyak tea tree
Lavender
Oregano
Peppermint
Thyme
Eucalyptus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
2 Julai lalu genap 42 tahun usia penyanyi cantik, Intan Sarafina. Walau sudah menginjak usia 40an namun raut wajah dan penampilan pelantun lagu Kembali ini seakan tidak berubah. Tetap cantik dan jelita macam dulu. Awet muda!
Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya menerusi media sosial miliknya baru-baru ini berkongsi foto terbaharu di samping suami iaitu Iskandar Ezzahuddin.
Dalam posting berkenaan, Iskandar meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta di Skillet, Kuala Lumpur.
Dia yang mengenakan persalinan dress biru bercorak hitam tampil anggun mempersona. Begitu juga suami yang segak dengan gaya kasual.
Kongsi Intan, “Here’s to embracing the strength, joy and love that life brings at 42! Alhamdulillah. Thank you for the scrumptious dinner treat last night B.”
Sekitar Januari lalu, Intan memuat naik gambar mereka sekeluarga di Finland. Difahamkan Intan menetap di sana ketika suaminya dihantar bertugas di negara berkenaan.
Walau berada di negara asing namun minat bekas pramugari ini terhadap gaya hidup sihat dan menyertai marathon tetap membara. Ini terbukti apabila Intan pada Mei lepas melibatkan diri dalam Helsinki City Running Day (HCRD) 2023.
“As I reflect on my experience, I carry with me a profound sense of gratitude and fulfillment. The HCRD 2023 Half Marathon will forever hold a special place in my heart—a testament to my growth as a runner and my unwavering commitment to pursuing my dreams.
It serves as a reminder that with determination, perseverance, and an open heart, any challenge can be transformed into a remarkable adventure.”
Diaju mengenai rutin kecantikan, Intan dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu mendedahkan petua. “Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan work out, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Penyanyi ini mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada Oktober 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...