Nana Mahazan sering tampil dengan gaya yang berani namun makin berseri lepas berhijab. Malah sejak mengenakan hijab penampilannya lebih elegan dan mempesona.
Mencungkil definisi cantik bagi bintang Akademi Fantasia musim pertama (AF1) yang makin berseri lepas berhijab ini, “Cantik bagi saya apabila kita selesa dan yakin dengan diri kita.
Sangat penting pada saya untuk kita sayang dan tahu tentang diri sendiri. Cantik dari dalam orang cakap adalah percaya diri. Never compared yourself with anyone else
,” terang Nana Mahazan yang tidak pernah lupa untuk bersihkan solekan sebelum tidur.Berkongsi tentang rutin penjagaan dirinya, “Back to basic. Penjagaan menggunakan produk yang berkualiti, selamat dan berkesan.
So, basic skincare routine setiap hari untuk pagi dan malam. Kiwi Face Wash, Kiwi Toner, Kiwi Serum dan Kiwi Moisturizer diikuti dengan Kiwi Sunscreen. Cuma malam tak perlulah sunscreen.
Once every fortnight boleh pakai sheet mask. Penting untuk cuci solekan sebersihnya menggunakan Kiwi Makeup Remover,” tutur Nana Mahazan.
Tidak hanya menyinar di persada seni tanah air, wanita yang memiliki nama pentas sebagai Nana Mahazan juga bijak merencana perjalanan hidupnya dengan membina perniagaan di atas jenamanya sendiri.
Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan isteri kepada Mohammad Raqeem Brian Abdullah ini semakin rancak mengemudi perniagaan yang telah diasaskannya sejak tahun 2018.
Siapa sangka memulakan perniagaan sebagai hobi atau mengisi masa lapang, namun setelah mengusahakan perniagaan interpretasi Nana Mahazan terhadap bisnes berbeza.
“Pada permulaaanya saya mula berjinak-jinak berniaga kerana minat dan untuk mengisi masa lapang. Namun, lama-kelamaan saya faham bahawa bisnes ni sebenarnya adalah ‘kenderaan’ untuk kita membantu ramai orang.
InsyaAllah, melalui perniagaan juga untuk mendapat reda dan keberkatanNya,” ucap Ibu kepada Althea dan Aaqib ini memulakan bicara.
Selebriti sering kali dikatakan mudah membina bisnes kerana mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai. Mengulas tentang pandangan ini, “Tak semudah seperti yang dijangkakan. Menjalankan bisnes ini memerlukan ilmu perniagaan yang tepat dan relevan.
Walau ramai pengikut atau follower, tapi kalau dengan ilmu yang kurang, mungkin audience atau follower pun tak nampak atau tahu pasal bisnes kita,” tutur Nana Mahazan dengan jujur.
This website uses cookies.