Siapa yang tak kenal dengan Raja Azura yang terkenal dengan sapaan Kak Engku, antara selebriti wanita Malaysia yang tidak dimamah usia. Umur dah hampir 50 tahun pun masih kelihatan cantik dan bertenaga.
Mungkin salah satu sebab ialah kerana gelagatnya yang sentiasa ceria dan mencuit hati. Benarlah kata orang, sentiasa merasa gembira dan bahagia membantu kita untuk nampak lebih awet muda.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa petua yang spesifik. Biasa sahaja, nak inject pun tak mampu. Selalunya lepas balik rumah saya akan cuci muka seperti biasa. Sebelum tidur saya amalkan rutin basic, itu sahaja. Alhamdulillah kulit saya tidak pernah bermasalah.
Yang penting saya akan minum air suam secukupnya di samping makan suplemen setiap hari agar kulit kekal lembap. Kulit yang kering hanya akan mempercepatkan proses penuaan, itu yang kulit mudah berkedut.
Selain itu, bila sudah berusia kenalah cukup tidur. Saya juga kawal makan sebab berat badan cepat naik. Salah satu caranya ialah saya jarang makan malam.”
11 TAHUN BERGELAR IBU TUNGGAL
Sejak bercerai pada tahun 2010, Raja Azura nampak sangat tenang dan ceria sepanjang mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal. Barangkali sikapnya yang sangat ramah dan kelakar, menutup kisah dukanya itu. Agaknya apalah rahsia Kak Engku sehingga dia nampak sangat tabah?
Kekuatan itu hadir setiap kali anak-anak memberi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran ataupun sukan sekaligus menggembirakan hati saya. Anak bongsu saya, Puteri Mia Maizura bakal mengikut jejak langkah saya dalam bidang seni dan bergelar penuntut di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.”
RAPAT DENGAN ANAK-ANAK MACAM BFF
Seronok melihat keakraban Raja Azura bersama anak-anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq (19), Megat Luqman Haqim (18) dan Puteri Mia Maizura (16).
“Anak-anak memang rapat dengan saya. Merekalah best friends forever saya. Ke mana saja pasti kami tetap bersama. Antara kami juga tiada rahsia. Saya tidak pernah membezakan kasih sayang antara mereka, semuanya sama rata.
Kredit Foto: Instagram @raja_azura
This website uses cookies.