ACHA SEPTRIASA

Gandingan romantis Acha Septriasa dan Irwansyah dalam filem box office Indonesia, ‘Heart’ pernah mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat seni di negara ini sekitar tahun 2006. Walau sudah 15 tahun berlalu, Nona percaya masih ramai yang mengingati jalan cerita filem tersebut dan pelakon wanita utamanya, Acha Septriasa.

Ads

Meniti usia 31 tahun, difahamkan Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suaminya berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.

Meskipun jauh dari keluarga dan tanah air, namun ia sedikit pun tidak menghalang Acha untuk terus bergiat aktif dalam bidang lakonan. Bahkan ketika pandemik turut melanda Australia, Acha tetap meneruskan rakaman audio filem terbaharunya di studio.

Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA!

Mengintai media sosial Acha baru-baru ini terserlah kehidupan bahagianya di samping keluarga tersayang. Malah, isteri Vicky Kharisma ini juga kelihatan makin cantik jelita dan langsing!

Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata sulungnya, Bridgia Kalina Kharisma pada 20 September 2017. Tak lama lagi Bridgia atau mesra disapa Brie bakal mencecah usia 4 tahun.

Mengimbau perjalanan seni Acha, dia memulakan kerjaya sebagai model sebelum menceburi dunia lakonan pada tahun 2005 dan namanya kian melonjak naik sejak membintangi filem ‘Heart’.

Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA!

 

Ads

Tidak hanya menjadi teraju utama dalam filem itu, Acha turut menyumbangkan suara lunaknya untuk salah satu sountrack filem ‘Heart’ bertajuk ‘My Heart’, Sampai Menutup Mata dan Berdua Lebih Baik. Memang legend lagu-lagu ni zaman kegemilangan Acha dulu!

Pernah menyandang gelaran pelakon yang mendapat bayaran termahal di Indonesia suatu ketika dulu, Acha meraih pelbagai anugerah antaranya Aktris Terbaik dari Guardians e-Awards 2008, Star of the Year 2008 oleh Mellyana Guardian dan Pelakon Utama Wanita Filem Nasional Terpuji pada Festival Film Bandung tahun 2013.

Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA! Makin Cantik & Ada Seorang Anak, Wajah Terkini Pelakon ‘Heart’ ACHA SEPTRIASA!

Ads

Walau sibuk dengan kerjaya seni tapi Acha tak lupa mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik. Acha dilaporkan pernah menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di University of Creative Technology, Cyberjaya, Malaysia dalam bidang seni.

Puas memenuhi impian yang didambakan selama ini, Acha akhirnya mengakhiri zaman bujang dengan melangsungkan pernikahan bersama suami tercinta pada 11 Disember 2016.

 

 

Kredit foto: Instagram Acha Septriasa

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI