Usia Cecah 45 Tahun, Che Puan Sarimah Ibrahim Tidak Menolak Jika Hamil Lagi

Terpegun sungguh melihat Che Puan Sarimah Ibrahim sekarang. Penampilan terkini pengacara, pelakon dan penyanyi berketurunan Melayu-Ireland ini semakin menawan bahkan awet muda pada usia 45 tahun. Pandai CP Sarimah jaga badan, persis anak dara!

Untuk info, CP Sarimah berkahwin dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang merupakan cucu Yang di-Pertua Besar Negeri Sembilan ke-10. Mereka dikurniakan seorang puteri, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia empat tahun.

“Dari segi kehidupan peribadi, saya juga sibuk menguruskan anak perempuan, Tunku Sofia serta suami. Sambil memanfaatkan masa bersama contohnya dengan pergi bercuti.

“Tunku Sofia sekarang sangat petah bercakap, manja serta pandai menyanyi dan menari. Saya tak pernah ajar pun tetapi mungkin genetik.

“Umurnya sekarang empat tahun. Menyanyi dan menari tu memang dia suka. Dia juga lasak dan sukan bersukan,” kongsi CP Sarimah yang tidak akan menolak jika ada rezeki untuk hamil lagi.

MAKIN CANTIK & LANGSING
“Saya memang suka bersenam sejak dari zaman saya aktif karate. Lapan tahun saya buat karate sampai tahap dapat tali pinggang hitam dan jadi instructor tapi tak pernah mengajar sebab tiada masa.

“Tiada istilah diet bagi saya sebab ia tak perlu kalau kita pandai jaga makan. Kerap tetapi sedikit. Banyak minum air kosong jangan air gula, tidur paling kurang enam jam dan sentiasa bergerak. Jangan duduk lama-lama nanti sakit belakang.

“Berat badan saya pernah cecah 73kg semasa hamil. Paling kurus 58kg sebab tinggi saya 167 sentimeter. Kalau kurang lagi dari tu saya akan nampak macam sakit. Yang pentingnya bukan berat tapi komposisi badan kita sepenuhnya.”

RAHSIA KEKAL BAHAGIA
“Untuk menjaga kebahagiaan rumahtangga termasuk anak dan suami, kita kena jaga diri sendiri. Kalau mental dan fizikal kita tidak sihat, macam mana nak jaga orang lain. Takut jadi overload, burnout.

“Maka, pentingnya kita jaga kesihatan mental, fizikal dan sentiasa buat checkup sebelum terlambat. Mencegah lebih baik daripada merawat.

“Jangan tunggu bila ada masalah baru nak jumpa doktor. Badan, minda dan emosi kita kena jaga. Selalunya ibu-ibu ni terlalu penat dari segi emosi, bukannya badan.

“Cukup dengan mengetahui yang kita cantik, telah melahirkan anak kerana itu adalah satu pencapaian yang paling besar bagi seorang wanita.

“Nasihat saya, jangan terlalu pressure diri. Nanti lagi susah nak jaga badan, minda dan emosi kita.

“Bangga dengan diri sendiri dan apa yang kita capai. Ambil masa untuk diri sendiri walaupun hanya 10 minit atau sejam dalam sehari. Bersenam secukupnya. Sebelum jaga orang lain pastikan jaga diri kita dulu. Kalau tak, penat nanti.”

Kredit Foto: Instagram Che Puan Sarimah Ibrahim

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad