Kecantikan

Makin Cantik Bergaya, Datin Nabila Bahagia Genap Setahun Jadi Isteri Datuk Latif Romly!

Tumpang bahagia tengok kehidupan pasangan suami isteri ini. Melayari alam perkahwinan pada usia muda namun Datuk Latif Romly dan isteri tercinta, Datin Nabila semakin bahagia dan matang menjalani cabaran rumah tangga.

13 Disember lepas genap setahun usia perkahwinan atlet para negara ini di samping suri hati kesayangan yang juga merupakan seorang guru. Lebih bermakna, tarikh berkenaan bukan hanya meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.

Bahkan ia juga merupakan hari lahir Datin Nabila atau nama sebenarnya Nurul Nabila Farhana Musaidi.

Bersempena hari istimewa itu, Datuk Latif tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat ratu hati di media sosial baru-baru ini.

“Di hari istimewa ini 13/12 I ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada baby omel saya. Baby adalah wanita yang luar biasa selalu bersabar dengan perangai suami awak ni.

Terima kasih selalu menyokong suami awak ini dalam segala hal. Semoga baby terus diberi kesihatan yang sihat dan dimurahkan rezeki. I love you baby sayang.

Dan tak lupa juga Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita yang pertama 13/12/2022. Semoga perkahwinan kita sentiasa diredai dan diberkati Allah. Apa yang berlaku pada tahun ini memberi kita kekuatan terus bersama sampai bila-bila dan semoga dipermudah segala urusan kita. Amin.”

Difahamkan pasangan ini mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Dalam temu bual Nona bersama Datin Nabila sebelum ini, wanita berusia 26 tahun berkenaan turut berkongsi sisi istimewa suami tersayang.

“Saya mengenalinya sejak dari sekolah menengah. Kenal dah lama tapi mula rapat waktu Tingkatan 5. Masa tu ada beberapa minggu lagi sebelum SPM. Dia (suami) balik semula ke Perlis untuk ambil SPM selepas pulang dari Incheon.

Dari situ kami bertanya khabar dan mula rapat lebih daripada kawan. Dia ni seorang yang sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi. Saya akui selepas jadi atlet kebangsaan, Latif banyak berubah jadi lelaki yang lebih matang.

Kadang-kadang rasa macam dia ni tak ada kekurangan. Aura positif Latif ni lah membuatkan dia istimewa di mata saya.”

Tak dinafikan sejak bergelar isteri Datuk Latif, penampilan Datin Nabila menjadi perhatian khalayak. Pastinya rasa bahagia yang dialami wanita ini jelas terpancar di raut wajah sekaligus menyerlahkan aura anggun, cantik dan bergaya.

Datin Nabila ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu.

Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia sampai syurga.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/perkenalan-di-bangku-sekolah-berakhir-di-jenjang-pelamin-nabila-farhana-kini-isteri-datuk-latif-romly/#

 

 

Share
Published by
Suzi