Makin Cantik Berhijab, Farah Nabilah Zahir Ucapan Terima Kasih Doa Kebaikan Buat Keluarganya

Tergambar riak bahagia di wajah pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini. Bermula dengan fasa perkahwinan kemudian bergelar ibu, kini Farah Nabilah mencuri perhatian apabila mengambil keputusan untuk berhijab.

Foto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
Foto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami

Tidak mahu mengulas panjang tentang keputusannya untuk berhijab namun ibu kepada Andre Omar mengiyakan apabila diajukan pertanyaan tersebut.

Foto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
Foto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami

“Saya tak ada nak komen apa-apapun. Lagipun saya rasa tak perlu diumumkan pun.

Cuma apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih banyak kerana ramai yang mendoakan hal ini serta segala kebaikan kepada keluarga saya,” kata Farah Nabilah yang sebelum ini sering memuatnaik gambar memakai selendang di laman media sosialnya.

Foto: Instagram @farahnabilahofficial
Foto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami

Teringat ketika pertemuan kami di sebuah majlis pelancaran tudung dahulu dan sempat bertanya rahsia wanita cantik ini menjaga kulitnya yang halus itu.

Foto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami
Foto: Koleksi Tudung Hijab By Hanami

“Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so

banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.

Farah Nabilah dan suaminya telah diijabkabulkan pada 20 Disember 2019 di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara dan melahirkan Andre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed