Geram sungguh tengok Hannah Delisha bila cuba merampas abang iparnya dalam drama Cinta Sekali Lagi. Wanita cantik ini melakonkan watak Amani di samping Nelydia Senrose dan Saharul Ridzwan. Jarang sekali Hannah Delisha melakonkan watak antagonis sebegini.
Namun ketika itu Hannah belum berhijab lagi. Rupanya sudah lama Hannah Delisha berniat untuk berhijab tapi terikat dengan komitmen dengan drama tersebut. “Ikutkan sejak Ramadan tahun ini lagi, saya sudah berniat nak pakai hijab
. Cuma disebabkan saya terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat itu tertangguh.Namun saat selesai penggambaran drama itu, saya terus nekad memakai tudung. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah tercapai jua niat itu,” tutur gadis yang mempunyai nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini.
Tambahnya lagi, “Saya hanya menunaikan tanggungjawab diri kepada Allah. Dalam hidup kita kena sentiasa berubah dan memperbaiki diri,” tutur Hannah Delisha saat bercerita tentang perubahan dirinya yang kini sudah berhijab.
Walaupun sudah berhijab tetapi Hannah tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen. “Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple.
Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai. Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” bicara Hannah lembut.
Memiliki cita rasa tinggi dalam pemilihan fesyen Hannah juga mempunyai jenama fesyen kegemarannya. “Hannah sendiri mempunyai beberapa jenama kegemaran, antaranya termasuklah Valentino Garavani, Jimmy Choo, Coco Chanel, Domenico Dolce & Stefano Gabana, Rei Kawakubo, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi,” katanya.
Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna. “Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik.
Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” kongsi pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer ini.
This website uses cookies.