Sejak berkahwin dan ada anak makin berseri-seri! Tanda sedang meniti saat bahagia barangkali. Penampilannya bertambah manis bila bertudung kebelakangan ini. Memang terserlah keayuan Fazura.
Nur Fazura Sharifuddin antara selebriti tanah air yang cantik dan memiliki pesona tersendiri. Apa sahaja gaya dan pemakaian Fazura pasti menjadi perhatian ramai. Terutamanya dalam kalangan peminat setia pelakon Hero Seorang Cinderella ini.
Dari zaman anak dara hingga ke hari ini dan bergelar ibu, kecantikan Fazura masih menjadi bualan. Apatah lagi, sejak kebelakangan ini ramai mula menyedari penampilan Fazura yang dilihat kerap mengenakan hijab. Malah, ketika membuat live
di Instagram (IG) pun Fazura tetap memakai kerudung kepala.Meskipun tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan Fazura berhubung penghijrahan dan penampilan tersebut namun ramai yang mendoakan agar isteri pelakon kacak, Fattah Amin berkenaan kekal berhijab sampai bila-bila. Bahkan kalau tengok IG Fazura, kebanyakan gambar-gambar terkininya mengenakan tudung.
Memang tak dinafikan bintang filem Pisau Cukur ini bertambah anggun dan cantik berseri-seri dengan penampilan sedemikian. Jelas terserlah sisi penuh kelembutan Fazura.
Enggan ‘perubahan’ itu terlalu digembar-gemburkan, Fazura menerusi insta story beberapa hari lepas memberitahu soal berhijab adalah terlalu peribadi bagi dirinya. Dia juga enggan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut biarpun sekiranya dia sudah bersedia dengan imej bertudung.
Kian aktif dengan perniagaan yang diusahakan, pertengahan April lalu Fazura mencipta pencapaian tersendiri apabila koleksi tudung Fazbulous laris di pasaran dalam masa yang singkat! Selain tudung, produk beg tangan Fazbulous juga laku keras.
Fazura selamat melahirkan zuriat sulung Nur Fatima Aisya Abdul Fattah pada hari Jumaat, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2020. Kini, Fatima meniti usia 8 bulan!
Menariknya, pada kelahiran Fatima juga Fazura melancarkan dengan koleksi produk kosmetik Fazura Beauty lip matte. Usahawan kosmetik ini juga memiliki produk penjagaan kulit jenama sendiri iaitu Fazura Skincare.
Di samping ligat mengusahakan bisnes dan kerjaya seni, Fazura dan Fattah merupakan duta produk Bata Malaysia.
Kredit foto: Instagram Nur Fazura
This website uses cookies.