Jealousnya tengok Noor Nabila sekarang. Badan semkain langsing dan dia juga aktif dengan aktiviti sukan basikal, yoga serta pilates. Setiap kali Nabila memuat naik posting terbaharu, memang ramai yang akan memuji.
Ads
Sebelum ini pun Nabila begitu aktif dalam pilates, demi menjaga kesihatan dan tubuh badan. Walaupun dalam kesibukan menguruskan si comel Jebat Jayden dan menjadi Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd, Nabila masih dapat meluangkan masa menjalankan aktiviti yang diminati. Channel Youtube Nabila dan Rosix pun tak kurang meriahnya!
Bertuahnya Nabila apabila dirinya banyak dibantu keluarga tersayang. Sejak sebelum berkahwin lagi Nabila bersama ibunya Datin Noor Kartini sudahpun memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
“Asalnya kami bukan orang senang. Saya pernah melalui zaman sewaktu perniagaan yang kami jalankan tidak berjaya. Makan gaji RM2,000 sebulan dan memandu sebuah kereta Vios, itulah antara pengalaman yang pernah saya lalui.
Ads
Mungkin ada yang menyelar, ada orang yang hidupnya jauh lebih susah tapi ini saya bercakap bagi pihak saya. Pengalaman itulah yang membuatkan saya bangkit untuk terus berjuang dalam perniagaan.
https://www.instagram.com/p/CFYIMCBnLbz/
Alhamdulilah kini tuah menyebelahi kami. Dengan hadirnya Neelofar Hijab, perniagaan yang dijalankan terus berkembang. Kami cuba membawa nama Neelofar Hijab lebih jauh lagi malah hadir dengan koleksi lebih baik dan mesra pengguna.
Ads
https://www.instagram.com/p/CGAJRC4nVdD/
Kalau sebelum ini saya sibuk menguruskan Jayden di rumah sehingga terpaksa mengetepikan urusan pejabat, kini saya boleh memberi lebih komitmen lebih kerana Jayden beransur sihat. Dia juga semakin membesar dan pandai membawa diri. Saya tak risau sangat akan Jayden kerana saya tahu dia dijaga dengan baik.
https://www.instagram.com/p/CFLuLozDmvj/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rambut bukan sahaja melindungi kulit kepala daripada kotoran dan pencemaran malah menyerlahkan penampilan seseorang. Tetapi, cukupkah memelihara mahkota dengan bersyampu atau menyapu tonik rambut semata-mata?
Tahukah anda, rambut boleh dijaga melalui pemakanan tertentu? Ayuh ambil makanan yang baik untuk meningkatkan kecantikan rambut agar penampilan lebih terserlah.
(1) Ikan salmon hindar hidrasi rambut
Ikan salmon memang terkenal kaya dengan asid lemak Omega-3, protein, vitamin B12 dan zat besi. Ternyata ikan salmon adalah makanan yang membantu mencantikkan rambut. Kandungan protein dan vitamin D yang diperoleh daripada ikan salmon ini membantu rambut menjadi lebih kuat dan bebas daripada masalah rambut gugur.
Malah kesihatan kulit kepala terus terpelihara hasil daripada asid lemak Omega-3. Minyak ikan pula boleh membantu rambut berterusan terhidrasi.
(2) Brokoli menguatkan folikel rambut
Kesihatan dan kecantikan rambut terus terpelihara dengan sayur hebat ini. Brokoli mengandungi vitamin yang diperlukan untuk rambut. Vitamin A, C dan B6 yang terdapat dalam sayur ini mampu memelihara rambut agar lebih kuat dan halus.
Vitamin ini juga merangsang pengeluaran minyak yang dipanggil sebum. Sebum berfungsi sebagai perapi dan pelembap secara semula jadi pada rambut. Manakala kalsium yang terdapat dalam brokoli membantu menguatkan folikel rambut.
(3) Kacang cegah rambut rosak
Berbagai nutrisi yang terdapat dalam kacang memang sudah tidak boleh disangkal lagi. Nutrisi yang terkandung dalam kacang adalah protein, zink, zat besi dan vitamin H. Protein yang terdapat dalam kacang membantu meningkatkan pertumbuhan rambut baru.
Manakala apabila seseorang kekurangan vitamin H pula rambut mudah rosak dan gugur. Sumber kacang yang boleh dimakan adalah seperti kacang gepang, kacang merah dan kacang hijau.
(4) Daging ayam pelihara rambut gugur
Setiap helai rambut terdiri daripada protein dengan jumlah yang besar. Makanan yang banyak memiliki kandungan protein dapat menjadi nutrisi sebagai perawatan rambut. Daging ayam tanpa lemak memiliki kandungan protein yang tinggi.
Selain itu daging ayam juga mengandungi zat besi dan vitamin B untuk membantu memperkuat rambut daripada akar. Bukan itu sahaja vitamin dan mineral yang lainnya dapat mengelak daripada rambut gugur.
(5) Telur bantu elak rambut rosak
Memang benar rambut mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang baik. Telur mempunyai dua bahagian iaitu putih telur dan kuning telur. Putih telur mengandungi kandungan protein dua kali ganda berbanding kuning telur. Protein yang terdapat dalam putih telur ini juga mudah diserap oleh tubuh.
Kuning telur pula kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida yang mempunyai peranan untuk membantu mengurangi kerosakan rambut dan menjadikan rambut sihat berkilau. Antioksida pada telur juga boleh mengatasi masalah rambut bercabang dan kelemumur.
(6) Bijirin penuh jauhi rambut botak
Keguguran rambut secara berlebihan menandakan kekurangan pengaliran darah ke kulit kepala. Keguguran rambut juga boleh berlaku apabila mengalami kekurangan protein, asid lemak, vitamin B dan vitamin E. Vitamin E yang terdapat dalam bijirin penuh merupakan bahan antioksida semula jadi yang melindungi kesan negatif melampau radikal bebas dan bertanggung jawab untuk kesihatan rambut.
(7) Tiram mempercepatkan pertumbuhan rambut baru
Tiram kaya dengan zink dan apabila seorang itu mengalami kekurangan zink boleh menyebabkan rambut gugur dan kulit kepala kering dan bersisik. Bukan sahaja kaya dengan zink bahkan tiram kaya dengan sumber protein yang baik.
Rambut mengandungi 97 peratus protein dan tanpa protein yang cukup tubuh tidak dapat mengganti rambut secara semula jadi setiap hari. Apalagi jika anda sedang berdepan dengan stres yang mengundang kepada rambut gugur. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak puas mata memandang kecantikan Marian Rivera. Sememangnya aktres Filipina ini bertuah kerana dikurniakan rupa paras yang cantik dan berbakat dalam bidang seni. Tidak hairanlah pada usia mencecah 40 tahun, Marian Rivera kekal popular dalam industri seni di Filipina dan antara selebriti berjaya serta kaya di sana.
Apatah lagi Marian baru saja menggondol Best Actress Award Cinemalaya 2024 baru-baru ini. Sekaligus menjadi hadiah ulang tahun kelahiran yang disambut pada 12 Ogos lalu.
Genap meniti usia 40 tahun, jelitawan Filipina ini bagaimana pun kelihatan muda remaja dan cantik. Biarpun sudah bergelar ibu, penampilan Marian Rivera Gracia Dantes kekal popular dan mempersona.
Pendek kata, persis anak dara. Pandai isteri Dingdong Dantes ini jaga badan!
Bertuah empunya badan dikurniakan pakej lengkap. Patutlah sering menjadi buruan
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibunya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi. Sebelum ini Marian sudah menghasilkan dua album iaitu Marian Rivera Dance Hits dan Retro Crazy.
Marian Rivera berkahwin dengan aktor kacak Dingdong Dantes pada 30 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup hampir sedekad, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Maria Letizia dan Jose Sixto G Dantes IV.
Selain aktif dengan aktiviti seni, Marian juga sebenarnya pengasas perniagaan bunga bungaan segar Flora Vida by Marian.
Selain perniagaan bunga segar, Marian juga mengeluarkan koleksi fabrik dan dekorasi kediaman rumah serta melancarkan jenama pakaian miliknya sendiri.
Sejuk mata memandang personaliti diraja Brunei ini! Dikurniakan rupa paras cantik penuh kelembutan, pesona Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bukan hanya menarik perhatian rakyat Brunei Darussalam. Bahkan penampilan baginda sentiasa menjadi tumpuan warga maya di negara ini.
Menyambut ulang tahun perkahwinan ke-18 pada Disember lalu, perkahwinan YTM Paduka Seri Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah pernah mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year’.
Mengimbas kembali detik bersejarah majlis perkahwinan gilang-gemilang itu, pasangan diraja ini mengenakan persalinan biru yang turut dihadiri orang kenamaan, keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman.
Pasangan mempelai kemudian dibawa menaiki kereta open-topped Rolls-Royce dan mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut masyarakat di sepanjang jalan.
Tidak hanya dikurniakan rupa paras lembut menawan, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Sarah turut menjadi tumpuan di Malaysia kerana penampilan yang mempesona di samping tingkah laku yang sarat dengan nilai wanita Timur.
Malah, ada segelintir warga maya mengaitkan selebriti cantik Malaysia iaitu Datin Lisa Surihani memiliki wajah seiras YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anak Sarah.
Diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha di Bandar Seri Begawan, Brunei, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri kepada pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
Hasil perkahwinan selama 18 tahun, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dikurniakan dua putera iaitu Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman serta dua puteri, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Baru-baru ini, beliau berkenan melancarkan pusat komuniti Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) di Jalan Pengiran Babu Raja, Brunei. Anggun mengenakan tudung bawal polos mint green dan baju kurung bercorak bunga, penampilannya cukup bersederhana namun terserlah kecantikan semula jadi.
YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga merupakan penderma darah di Pusat Derma Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Pertemuan paling epik dalam sejarah apabila dua ikon wanita yang memegang rekod Wanita Tertinggi Dunia dan Wanita Terpendek Dunia dilihat minum petang bersama.