Dipuji Makin Cantik & Langsing, Penampilan Terkini DATUK SERI RINA HARUN Tarik Perhatian!

Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi bualan hangat dalam kalangan warga net hari ini. Rata-rata mereka meluahkan rasa teruja dan kagum dengan perubahan pemimpin wanita negara ini dalam menurunkan berat badan. Apatah lagi, menerusi perkongsian gambar terbaharu Datuk Seri Rina jelas terserlah susuk tubuh beliau yang semakin ramping dan menawan!

Berbeza dengan penampilan awal beliau sewaktu menceburi bidang politik, kemampuan Datuk Seri Rina tampil anggun seperti hari ini nyata mencetuskan inspirasi buat ramai wanita. Tidak dinafikan, ada yang terinspirasi tidak kurang juga yang mahu mengikut jejak langkah beliau. Kalau tengok gambar-gambar lama Datuk Seri Rina kelihatan fizikalnya yang berisi dan gempal. Bagaimana pun sekitar tahun lepas, ramai yang sudah mula menyedari perubahan diri beliau.

Meneliti penampilan Datuk Seri Rina hari ini nampak bentuk wajahnya yang makin runcing. Apa sahaja busana yang digayakan juga sekarang memang terletak cantik! Sekaligus membuatkan beliau kelihatan lebih muda dan menarik.

Datuk Seri Rina waktu mula menceburi bidang politik
Penampilan Datuk Seri Rina hari ini

Menelusuri latar belakang Datuk Seri Rina, beliau dilahirkan pada 18 April 1973 dan meniti usia 48 tahun. Sebelum menyandang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina pernah memegang tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Beliau memiliki pendidikan dalam Pengajian Perbankan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Perbankan dan Kewangan dari Universiti Northwood, Michigan, Amerika Syarikat.

Difahamkan Datuk Seri Rina mula aktif dalam arena politik tanah air sejak tahun 2002 sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang dan beberapa jawatan lain. Tahun 2017, beliau kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pernah bekerja dalam sektor perbankan, Datuk Seri Rina dianggap antara ‘giant killer’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas apabila memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Selain kredibilitinya sebagai ahli politik, beliau juga cukup komited dengan tugas selaku pemimpin dan aktif turun padang membantu masyarakat khususnya kaum wanita. Pada Disember tahun lalu, Datuk Seri Rina berbesar hati merasmikan majlis berprestij Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) iaitu sebuah majlis penganugerahan yang mengangkat martabat dan kejayaan para usahawan serta wanita-wanita berjaya di Malaysia.

Semoga Datuk Seri Rina terus menjadi inspirasi kepada seluruh wanita di Malaysia bukan hanya kerana penampilan beliau hari ini bahkan juga kerana kejayaan dan pembaharuan yang telah diusahakan untuk memartabatkan kaum wanita!

Share
Published by
Suzi