Walaupun baru saja melahirkan anak ketiga pada Januari lalu, pelakon yang juga usahawan selebriti dan pemenang Dewi Favourite (Dewi Remaja 2014/2015) Mawar Rashid kelihatan makin berseri-seri.
Badan pun kekal langsing macam zaman anak dara.
Ads
Nona kongsikan ‘rahsia’ Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid yang berjaya mengekalkan susuk tubuh yang langsing.
“kena ada effort dari diri kita sendiri. Kena berusaha untuk turunkan berat badan.
Enam tahun bergelar suami isteri pastinya pelbagai onak duri dilalui pasangan ini.
Ketika diajukan soalan tentang rahsia rumahtangga bahagia, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob terbuka berkongsi pandangan termasuklah isu gangguan ‘orang ketiga’:-
“Bagi saya, dalam rumahtangga isu orang ketiga ni kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
“Jadi, seorang isteri mahupun suami haruslah menjaga batas, menjaga adab. Percaya dan diri sendiri pun kena kuat.
“Paling penting bagi saya, saling melengkapi antara satu sama lain. Terima kekurangan masing-masing.
“Allah Taala menjadikan setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting, pasangan perlu saling melengkapi.
Ads
“Kepada semua lelaki di luar sana, hargailah isteri anda sebaik mungkin sebab dia yang bersusah payah mengandung selama sembilan bulan.
“Dia jugalah yang berhadapan dengan risiko maut ketika melahirkan. Jadi kita hargailah isteri dan juga anak-anak.
“Sebab kunci rezeki seorang suami ialah doa isteri. Isteri yang mendoakan kita,” jelas Raf yang merupakan seorang pelakon, hos dan usahawan.
Bagi Mawar pula, suaminya itu seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab.
PERKEMBANGAN BISNES “Alhamdulillah kini tahun ketiga untuk Mawarose. Tahun lepas pencapaiannya sangat memuaskan di mana reseller kami ada yang dah hit one million menjual produk Mawarose sahaja,” kongsi Raf.
Tambah Mawar pula: –
Ads
“Saya sangat happy kerana ramai yang support produk ini disebabkan feedback yang positif dari para pengguna Mawarose.”
Semoga bahtera rumahtangga yang dibina Mawar dan Raf berkekalan selamanya. Begitu juga bisnes agar terus maju dan berkembang.
Untuk rekod, Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Mawar turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saban hari, teknologi kecantikan berkembang bagai tiada kesudahan. Perkembangan ini boleh dilihat dari segi positif dan ada juga negatifnya. Secara positif, pengguna dapat membuat pilihan terbaik untuk kulit mereka tetapi di sebaliknya, pengguna juga terdedah kepada risiko penggunaan bahan kimia secara berlebihan. Biar bagaimanapun caranya, percayalah… Air boleh menjadi medium kecantikan semula jadi untuk anda.
Penghidrat terbaik kulit
Hanya ada satu sahaja yang boleh dikatakan mengenai air. Kulit amat memerlukan air untuk memelihara kelembapan. Air juga memastikan kulit wajah lebih halus, anjal dan bersih. Penjagaan kulit wajah amat penting terutamanya pada anda yang sering menaiki pesawat dan berada dalam persekitaran berhawa dingin. Namun, kekerapan mencuci wajah juga akan menyebabkan kulit kehilangan lembapan dan menjadi kering.
Bawa semburan pelembap seperti Evian dan semburkan pada wajah pada bila-bila masa yang diperlukan.
Air penghalang penuaan
Kadar elastik wajah dipertingkatkan dengan air kerana ia juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan. apabila sistem dalaman anda berfungsi dengan baik, ia akan terpancar pada wajah. Minum air putih secukupnya agar ia mampu ‘berbaik’ dengan sistem dalam badan.
Jauhkan diri daripada pengambilan kafein. Setiap cawan kafein akan menyebabkan anda perlu minum tambahan lapan gelas air sehari!
Jerawat berkurangan
Jerawat mula timbul apabila pori pada wajah anda dilitupi dengan toksin yang tidak keluar dari badan. Pengambilan air putih pada kadar tertentu seperti lapan gelas sehari boleh menyingkirkan toksin dan memastikan buah pinggang dan hati berfungsi lebih baik.
Selamat tinggal bibir kering!
Kesibukan kerja boleh membuatkan anda terlupa untuk minum air putih secukupnya. Cuaca panas dan lembap yang dirasai di negara kita boleh membuatkan badan kekurangan air apalagi sekiranya anda tergolong di dalam golongan wanita yang bekerja di laur pejabat. Bibir yang lembap dan mungil boleh didapati dengan mudah, hanya perbanyakan minum air putih!
Renang untuk kecantikan kulit
Sukan renang boleh menguatkan otot manakala lap training pula menguatkan jantung anda. Berita baiknya, senaman melibatkan air seperti renang membolehkan kulit sentiasa lembap dan kelihatan cantik dan halus.
Kurangkan bau mulut
Mungkin anda merasakan bau mulut bukan penilaian kecantikan seseorang. Tetapi percayalah, jika mulut anda berbau, secantik mana sekalipun anda pastinya akan membantutkan kecantikan yang anda miliki. Pengambilan air putih yang cukup menggalakkan pengeluaran air liur dan pada masa sama membersihkan mulut anda.
Nafas baru untuk kulit dan tubuh!
Sementelah produk kecantikan kulit menjalankan kerja-kerjanya memperbaiki kulit wajah, air putih juga berfungsi membaiki sel kulit mati. Tubuh kita mengandungi 70 peratus air. Jika sel mula dehidrasi, ia akan mengganggu keseluruhan sistem dalam badan.
Rawatan asas air
Rawatan berasaskan air banyak digunakan di spa serata dunia, meninggalkan memori kepada kita bahawa air membantu mencantikkan kulit juga memberi ketenangan. Antara water spa yang sering ditawarkan adalah dan mandian jacuzzi. Berada di dalam air terlalu lama boleh menyebabkan kulit kering, atasinya dengan sapuan losen badan.
Kawal berat badan
Saat anda terasa lapar walaupun di tengah-tengah amalan, minum segelas atau dua gelas air suam ataupun jua buah-buahan agar terhindar dari pengambilan makanan yang lebih berat. Apabila berat badan terkawal, wajah pula kelihatan lebih ceria dan cantik!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amboi, lawanya anak gadis Datuk Afdlin Shauki! Berusia 21 tahun, Mia Sara Shauki yang merupakan anak sulung kepada pelakon komedi dan penerbit popular ini rupa-rupanya mengikut jejak langkah ayahanda tersayang dalam dunia seni.
Selain berbakat besar dalam bidang lakonan… Mia Sara juga ada bakat menyanyi. Memang jelas terbukti darah seni dan bakat Datuk Afdlin ‘mengalir’ dalam diri gadis cantik ini. Bak kata pepatah lama, ‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.’
Sempena pelancaran sitkom TV Disney Wizards of Warna Talk semalam, pengarah filem Papadom dan personaliti televisyen yang sudah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama bertahun-tahun ini mengakui agak keberatan jika ada di antara anak-anaknya memilih kerjaya seni seperti beliau.
Ujar Datuk Afdlin, “Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini.
Namun apa yang saya lihat sekarang, anak-anak saya dah mula menunjukkan minat dalam bidang seni. Salah seorangnya meminati muzik, seorang lagi sudah mula berlakon sementara anak yang bongsu pula sangat tertarik dengan muzik K-Pop.”
Buat pertama kalinya, Datuk Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaru Disney Wizards of Warna Talk yang bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini. Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College.
Merupakan anak sulung daripada tiga beradik, Mia Sara turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin. Melihat minat mendalam Mia terhadap dunia seni… tidak mustahil suatu hari nanti dia mampu menjadi anak seni berjaya dan versatil seperti Datuk Afdlin Shauki. Tambahan pula, Mia Sara masih muda dan boleh belajar selok-belok bidang ini daripada bapa tersayang.
Kredit foto: Instagram Mia Sara & Afdlin Shauki
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend solekan bagi tahun 2018 pastinya bakal membuatkan anda kelihatan elegan dan tampak menawan. Seiring dengan arus kemodenan, solekan yang minimalis kian mendapat perhatian seluruh dunia.
Riaskan wajah anda dengan trend solekan terkini dan relevan yang mampu menaikkan seri wajah anda! Nona kongsikan 5 solekan minimalis yang bakal menyerlahkan sisi jelita semula jadi anda!
(1) Sculpted Cheeks
Ringkas dan minimalis! Cukup sekadar sapuan bronzer dengan berus pemerah pipi yang lebih kecil di bawah tulang pipi anda dari telinga sehingga ke tengah pipi.
(2) Soft Smokey Eyes
Hasil solekan ini memberi kesan yang lebih anggun dan romantis. Gunakan dua pembayang mata yang sesuai dan blend keduanya pada bahagian kelopak mata, dan semakin pudar apabila menghampiri crease.
(3) Subtle Sparkle
Tampil glamor dengan hasil solekan seperti ini. Aliskan pensil mata nude pada waterline anda dan akhir sekali, letakkan glitter berona emas ke seluruh kelopak mata. Pastinya hasil solekan tampak sempurna dan menawan.
(4) No Makeup Makeup
Cukup clean dan minimalis. Definisi no makeup dengan sapuan pembayang mata krim berona taupe, dan olesan gincu borona pastel. Juga sapuan pembayang pipi yang dewy dan glowy serta highlighter dalam bentuk krim pada high point wajah.
(5) Oxblood Lips
Solekan ini kelihatan seperti di era 90-an, namun dengan penyatuan kulit yang bersih, pipi yang warm, kening tersisir rapi, dan bulu mata yang melentik, nescaya solekan ini cukup relevan untuk digayakan di abad ini. Fadhli Ismail
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...