Walaupun baru saja melahirkan anak ketiga pada Januari lalu, pelakon yang juga usahawan selebriti dan pemenang Dewi Favourite (Dewi Remaja 2014/2015) Mawar Rashid kelihatan makin berseri-seri.
Badan pun kekal langsing macam zaman anak dara.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ditemu bual oleh Majalah Nona ketika dia menjadi jemputan khas di acara ‘Hijabistahub Fashion Show Royale Raya 2023’ baru-baru ini.
Sambil ditemani suami tersayang, Raf Yaakob, Mawar ketika itu mendedahkan dia sebenarnya masih dalam fasa terakhir berpantang.
“Sebenarnya tinggal beberapa hari saja lagi nak habis pantang. Tapi disebabkan saya dan founder Hijabistahub ni sangat rapat (persahabatan) jadi saya turun ke majlis ini untuk support.”
Ini pula perkongsian Mawar bagaimana dia mengekalkan susuk tubuh yang langsing selepas bersalin.
“Semestinya, ramai ibu-ibu di luar sana yang struggle nak turunkan berat badan selepas melahirkan anak.
“Jadi pesanan saya, kena ada effort dari diri kita sendiri. Kena berusaha untuk turunkan berat badan. Pantang betul-betul.
“Walaupun saya keluar tetapi di rumah saya pantang betul-betul. Tak boleh berdiri lama sangat.”
Enam tahun bergelar suami isteri pastinya pelbagai onak duri dilalui pasangan ini.
Ketika diajukan soalan tentang rahsia rumahtangga bahagia, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob terbuka berkongsi pandangan termasuklah isu gangguan ‘orang ketiga’:-
“Bagi saya, dalam rumahtangga isu orang ketiga ni kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
“Jadi, seorang isteri mahupun suami haruslah menjaga batas, menjaga adab. Percaya dan diri sendiri pun kena kuat.
“Paling penting bagi saya, saling melengkapi antara satu sama lain. Terima kekurangan masing-masing.
“Allah Taala menjadikan setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting, pasangan perlu saling melengkapi.
“Kepada semua lelaki di luar sana, hargailah isteri anda sebaik mungkin sebab dia yang bersusah payah mengandung selama sembilan bulan.
“Dia jugalah yang berhadapan dengan risiko maut ketika melahirkan. Jadi kita hargailah isteri dan juga anak-anak.
“Sebab kunci rezeki seorang suami ialah doa isteri. Isteri yang mendoakan kita,” jelas Raf yang merupakan seorang pelakon, hos dan usahawan.
Bagi Mawar pula, suaminya itu seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab.
PERKEMBANGAN BISNES
“Alhamdulillah kini tahun ketiga untuk Mawarose. Tahun lepas pencapaiannya sangat memuaskan di mana reseller kami ada yang dah hit one million menjual produk Mawarose sahaja.
“Kami turut melancarkan produk baharu sambil meraikan resellers kami yang dah berjaya capai jutaan ringgit,” kongsi Raf.
Tambah Mawar pula: –
“Saya sangat happy kerana ramai yang support produk ini disebabkan feedback yang positif dari para pengguna Mawarose.”
Semoga bahtera rumahtangga yang dibina Mawar dan Raf berkekalan selamanya. Begitu juga bisnes agar terus maju dan berkembang.
Untuk rekod, Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad (4), Raden Seri Rosabella Cinta (2) dan Raden Seri Riyanna Sayang.
Mawar turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.