Seri ibu mengandung! Tak dinafikan, sejak mengumumkan berita kehamilan anak sulung pada 18 Mac lepas, penampilan dan wajah Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra makin berseri-seri.
Berkenan berangkat ke majlis perkahwinan baru-baru ini, YTM Che Puan Sofie yang anggun berbusana tradisi biru lembut dan lengkap berselendang rona senada, ternyata penampilan isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini menjadi tumpuan tetamu yang hadir.
Ceria dan romantik berpegangan tangan dengan suami tercinta, pasangan ini turut dilihat mesra dengan orang sekeliling.
Kongsinya, “We were delighted to attend this very beautiful wedding in Kuala Lumpur. Pengantin lelaki anakanda kepada Yang Bahagia Dato’ Sri Haji Mohd Ayub bin Hassan dan Yang Bahagia Datin Sri Yasmin Hanim binti Arbee. YB Dato’ Sri Haji Mohd Ayub bin Hassan merupakan Pengerusi Eksekutif YHA Travel & Tours (M) Sdn Bhd.”
Sempat meluangkan masa merakam momen indah di samping pasangan mempelai di atas pelamin, rata-rata followers YTM Che Puan Sofie teruja melihat ‘baby bump’ yang jelas kelihatan!
Malah, mereka turut memuji aura cantik dan pesona jelitawan ini yang sedang berbadan dua ini. Menerusi pengumuman terdahulu, beliau dijangka bersalin pada Julai depan.
19 April nanti, usia perkahwinan YTM Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan genap empat tahun.
Mengimbas kembali detik bersejarah pasangan diraja ini, YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan YTM Che Puan Sofie melangsungkan majlis pernikahan pada 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah.
Istiadat pernikahan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.
Berasal dari Sweden, ternyata beliau berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan dirinya yang anggun dan sopan.
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan, namun beliau bijak menyesuaikan diri.
This website uses cookies.