Sejak kebelakangan ini, ramai yang memuji penampilan menawan Fasha Sandha. Apa tidaknya, makin ‘fit’ dan langsing. Lagipun Fasha memang aktif bersukan seperti suami tercinta, Aidil Aziz.
Jadi tidak hairanlah jelitawan berusia 39 tahun ini mampu kembali dapat bentuk tubuh seperti zaman anak dara dulu.
Fasha kini sibuk menjayakan watak bagi drama Rampas Cintaku 2 di samping primadona popular, Erra Fazira.
Selain terpikat dengan rupa paras yang cantik, Fasha juga dikenali sebagai antara pelakon yang cukup berdisiplin ketika berada di set.
Melihat penampilan terkini Fasha, ada yang berkata kakak kepada Elisya Sandha ini mempunyai wajah mirip aktres jelita Filipina yang pernah popular dengan drama bersiri, Pangako Sa’yo iaitu Kristine Hermosa!
Fasha menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 pada 28 Mac lalu. Walau sudah berusia lewat 30an, penampilan ibu tiga anak ini tetap anggun.
Dia bergelar isteri kepada Aidil Aziz pada 30 Mac 2019. Sebelum ini aktres filem Anak Mami Kembali berkenaan pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada tahun 2016.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fasha dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. Hasil perkongsian hidup bersama Aidil, mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.
This website uses cookies.