Siapa yang tidak kenal dengan Saida Tarudin, kakak kepada penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang terkenal dengan rahsia awet mudanya. Usia hampir mencecah 45 tahun namun masih terserlah aura natural beauty ibu anak 4 ini.
Maka tak hairanlah anak sulungnya, Nyssa Ghazali turut mewarisi kecantikan asli yang dimiliki Saida di samping berbakat besar dalam bidang kecantikan terutamanya solekan. Nyssa merupakan anak dari pekahwinan Saida yang pertama.
Pada 18 Oktober lalu sempena sambutan ulangtahun kelahiran anaknya itu, Saida memuat naik satu gambar di Instagram miliknya. Begitu juga Nyssa yang kelihatan cukup manis dan gembira walau sambutan dilakukan secara sederhana serta ringkas.
Di posting tersebut, Saida menulis kapsyen yang ringkas namun sangat bermakna buat Nyssa.
“Selamat Ulangtahun Sayang ibu @nyssaghzli. Ibu sentiasa doa kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Ibu sangat menyayangiMu.”
Turut memberikan ucapan ialah Rozisangdewi.
“Happy birthday kakak @nyssaghzli, moga sentiasa berjaya dan di dalam lindungan Allah dunia akhirat.”
Memetik kata-kata Saida yang pernah dikongsi bersama Nona buat Nyssa agar anak sulungnya itu sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.
Menurut Saida dia dan Nyssa umpama sahabat baik. Jika bersembang mereka gemar berkongsi tentang kecantikan dan juga fesyen. Itulah persamaan jiwa yang dimiliki oleh ibu dan anak ini.
Bagi Nyssa pula, sentiasa murah dengan senyuman dan punya jiwa yang bersih adalah rahsia kecantikan sebenar ibunya.
“Ibu sering berpesan, sentiasa murah dengan senyuman dan ikhlas dari hati. Secara tak langsung kecantikan dalaman dan aura awet muda itu akan terserlah. Itulah satu-satunya petua yang ibu kongsi kepada saya. Selebihnya bergantung kepada diri sendiri.”
Selain itu, berkahwin di usia muda pada usia 20 turut menjadi rahsia awet muda Saida. Persis adik beradik apabila bersama anak-anak.
Selain mengamalkan pemakanan sihat, Saida juga aktif dengan aktiviti kecergasan. Itulah yang memberikan kelebihan kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 ini.
Kredit Foto: Instagram @sitinorsaidatarudin @nyssaghzli
This website uses cookies.