Inspirasi

Makin Matang & Jelita, Mawar Karim Rai Ulang Tahun Kelahiran Di Samping Anak!

Cantiknya Mawar Karim ketika rai ulang tahun kelahiran di samping anak tersayang baru-baru ini. Tanggal 5 Jun lalu genap 35 tahun usia figura ini. Makin meningkat usia, Mawar kelihatan makin matang dan jelita.

Lima tahun menjadi ibu tunggal, status tersebut bagaimana pun bukan halangan buat pemilik nama Mawar Abdul Karim ini untuk terus mengejar impian dan berjaya dalam bidang perniagaan.

Menerusi posting terkini di Instagram miliknya, Mawar berkongsi momen sambutan ulang tahun hari kelahirannya sambil ditemani anak tersayang iaitu Wan Maryam.

Dalam gambar yang dikongsikan itu, Mawar Karim yang rai ulang tahun kelahiran tampil dalam persalinan corak abstrak dan bertudung pastel.

Manakala Maryam pula comel memakai busana putih. Terserlah wajah bahagia dua beranak ini!

Bagaimana pun kejutan yang dibuat Mawar untuk anak tersayang terpaksa dibatalkan kerana Maryam mengalami cacar air atau chickenpox.

Ujarnya, “Happy birthday to me. Actually

dah book birthday trip nak bawa Maryam surprise tapi apakan daya hanya mampu rancang cancel.

Maryam balik rumah mummy yang kena surprise tengok-tengok kena chickenpox. Maryam kena bagi cepat-cepat baik ya. Kesian tengok Maryam.”

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat Mawar tidak ketinggalan mengucapkan hari lahir jelitawan ini.

Mawar yang sebelum ini cukup sinonim dengan jenama tudung eksklusif Fareeda, anak kelahiran Pulau Pinang berkenaan turut menceburi perusahaan emas yang dinamakan Mawar Jewelry.

Artikel https://www.nona.my/isteri-jelita-saharul-ridzwan-usahawan-kecantikan-bisnes-deena-emir-ibu-3-anak-dapat-pengiktirafan/

Idea berniaga emas tercetus ketika pandemic Covid-19. Demi memastikan dia ada pengetahuan luas dalam bidang emas, Mawar turut mengikuti pengajian Jewellery di University of the Arts London.

Mawar sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun perkahwinan mereka hampir enam tahun terputus di tengah jalan. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam yang berusia enam tahun.

 

 

 

 

 

IKLAN
Share