Tak berkelip mata melihat kecantikan Arni Nazira. Tinggi lampai orangnya, kulit putih gebu dirias solekan tipis, penampilan ibu lima anak ini di Anugerah Pesona Pengantin, cukup menawan. Tarikan auranya cukup kuat!
Sentiasa manis melemparkan senyuman, wanita berusia 43 tahun ini masih seperti dulu. Mesra dan menyenangkan.
Menyentuh perkembangan terbaru, tak sangka rupanya dalam diam Arni ada hasrat nak buat bisnes!
Sebenarnya sejak mendirikan rumah tangga dengan suami, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar pada tahun 2009, Arni mengambil keputusan menumpukan sepenuh masa untuk keluarga.
Walaupun bergelar suri rumah tangga selama 13 tahun, tapi ia cukup membahagiakan buat ibu kepada Puteri Aleeya Antasha, 22, Puteri Aleefa Antasha, 20, Wan Muhammad Mua’dz, 12, Wan Ayesha Maserra, 10, dan Wan Muhammad Mushrief, 7.
Jadi housewife yang jelita dan penyayang, agaknya apa rahsia bahagia yang Arni amalkan? Jom tonton temu bual eksklusif ni…
Arni atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar kini bahagia bersama kehidupannya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa. Menurutnya, dia sangat bahagia dan selesa dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu.
KUNCI BAHAGIA
Wajah Arni yang berseri-seri seolah menggambarkan isi hatinya yang sentiasa positif, tenang dan gembira. Kebahagiaan itu terlihat jelas melalui perkongsian fotonya dengan suami ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-12, tahun lepas.
Nampak sweet sangat! Memang jika diamalkan ‘kunci bahagia’ seperti yang Arni kongsikan tu, perhubungan suami isteri pasti kekal membahagiakan, macam baru kahwin!
“Alhamdulillah for our 12th wedding anniversary. Praying for blessed years ahead with love, joy and companionship in this world till Jannah. Ameen” Arni Nazira, 10 April 2021
Sekitar tahun 90-an, Arni popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’ serta memiliki raut wajah yang lembut dan ayu. Kini hampir 13 tahun Arni menyepikan diri dari bidang seni setelah mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada tahun 2009.
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).