Inspirasi

Makin Sukses Di Sabah, Pasangan Harris Baba & Nik Naziha Rancak Bina Legasi Bersama!

Diam-diam ubi berisi. Percaturan penyanyi berwajah kacak, Harris Baba untuk undur diri daripada arena muzik kira-kira empat tahun lalu nyata berbaloi apabila dia kini rancak mengusahakan empayar perniagaan Jeeharris Corporation di samping isteri tercinta, Nik Naziha Zawawi.

Mula secara serius mengemudi syarikat berkaitan pengurusan acara dan konsert pada awal tahun 2023, pasangan suami isteri ini dilihat semakin bijak mengatur strategi dan menjana pendapatan.

Harris Baba atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba yang sering dikaitkan dengan Zayn Malik kerana wajah seiras penyanyi Britain itu turut aktif berkongsi perkembangan syarikat Jeeharris Corporation di media sosial.

Penganjuran acara pertama mereka Borneo Mega Raya Fest 2023 yang berlangsung pada April 2023 menerima sambutan menggalakkan.

Malah vendor yang terlibat dalam festival berkenaan juga bukan calang-calang. Antaranya usahawan Dato’ Seri Aliff Syukri, Wawa Zainal, Rozita Che Wan, Bella Astillah, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

Ia juga merupakan festival fesyen raya terbesar dan pertama pernah diadakan di Sabah. Rentetan kejayaan julung kali itu, Harris dan Nik Naziha atau lebih dikenali sebagai Jee sekali lagi menguruskan acara Borneo Mega Raya Fest 2024!

Bukan itu saja, pasangan ini kreatif mempelbagaikan kemampuan syarikat dengan meluaskan rangkaian dalam bidang hiburan pula. Pada 4 November 2023, Jeeharris Entertainment menganjurkan konsert sulung mereka bersama kumpulan popular Indonesia iaitu Armada.

Konsert berkenaan mendapat sambutan hangat dan full house yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu.

Dedah Harris, “Our first concert! Full house! Thank you very much Armada Band and to everyone who came and supported us! Thanks to my team too!”

Pada bulan yang sama juga, satu lagi konsert diadakan iaitu bersama kumpulan Ungu.

“Alhamdulillah we did it again!! 2 concerts in 1 month! Thank you to everyone who has supported us. We truly appreciate you.”

Sementara itu, bersempena ulang tahun pertama penubuhan Jeeharris Entertainment figura berasal dari Singapura tersebut melahirkan rasa syukur kerana berjaya menganjurkan pelbagai acara di Sabah.

“Alhamdulillah we’ve completed 5 events in one year! Happy 1st anniversary to Jeeharris Entertainment. Thank you so much for all the love and support! We truly appreciate each and every one of you. Good news! Jeeharris Entertainment is expanding to Singapore! Stay tuned for our first project there!”

Harris Baba sah menjadi suami kepada Nik Naziha pada 13 Mei 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Ziya, Muhammad Umar dan Aleeya Ziya.

Artikel https://www.nona.my/lebih-sedekad-jadi-ibu-tunggal-siti-nordiana-cekal-berdikari-besarkan-anak-lelaki-seorang-diri/

Terdahulu, nama Harris melonjak naik menerusi single Katakan dan drama rantaian, Isteri Tuan Ihsan pada tahun 2016.

Share
Published by
Suzi