Makin Sukses & Jual Produk Harga Mampu Milik, Usaha Murni FAZURA Hargai Peminat Dipuji!

Tak dinafikan ramai yang berasa senang dengan peribadi usahawan dan selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin! Sejak berkahwin dan bergelar ibu, sikap Fazura yang mesra dan merendah diri sentiasa meniti di bibir peminat.

Apatah lagi, perniagaan Tudung Fazura juga mencetus fenomena luar biasa dan menjadi ‘kegilaan’ para hijabi masa kini. Mana tidaknya, koleksi Tudung Fazura dijual dengan harga mampu milik selain berkualiti dan rekaan menarik yang memenuhi kehendak masyarakat.

Setiap kali koleksi terbaharu dilancarkan memang laris di pasaran. Sampaikan ada di antara koleksi tersebut sold out dalam masa kurang 24 jam!

Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura

Terbaharu, Fazura membuat kejutan ramai apabila mengumumkan penganjuran konsert Faztival Fazura 2022. Julung kali diadakan, konsert ini bakal berlangsung pada 11 September depan.

Menariknya, konsert ini bukan calang-calang kerana ia bakal menghimpunkan barisan artis popular dalam dan luar negara. Antaranya Dato’ M Nasir, Dato’ Awie, Ella, Zizi Kirana, Ippo Hafiz, Kumpulan Ruffedge, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.

Bukan itu saja, Fazura juga bakal ‘menerbangkan’ lagenda muzik Indonesia iaitu Ahmad Dhani menerusi Ahmad Band di samping isterinya, Mulan Jameela!

Dalam sidang media yang berlangsung baru-baru ini, Fazura berkata dia bersyukur kerana konsert yang mengumpulkan rakan-rakan artis yang dikaguminya itu bakal direalisasikan.

Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura
Credit Instagram @missfazura

Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dilaporkan bahawa harga tiket konsert ini dijual pada harga mampu milik.

Fazura turut memberitahu penganjuran konsert ini adalah sebagai meraikan peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya dan perniagaan yang diusahakan. Ini termasuk meraikan stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang meraih pencapaian terbaik dan konsisten.

“Saya harap penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya supaya dapat dijadikan sebagai konsert tahunan.”

Share
Published by
Suzi