MasyaAllah, cantik dan manisnya ketiga-tiga anak perempuan Fiza Halim! Meningkat usia remaja, makin terserlah kecantikan mereka. Seperti ibu tersayang, dua anak gadis Fiza ini juga mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan menoleh dua kali.
Sejak bergelar ibu, kelibat Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Pun begitu, Fiza tetap aktif mewarnai industri seni dan berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di media sosial miliknya.
Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza menarik perhatian peminat dan warga maya. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaharu Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencuri tumpuan tentunya dua anak gadis Fiza yang kian meningkat dewasa.
Feera Aryanna Ahmed Farriq kini meniti usia 14 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq pula baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-13. Sempena hari lahir anak keduanya, Fiza menitipkan rasa syukur.
“Actually hari ni kitaorang keluar sebab nak celebrate birthday adik. Mommy hari ni tak ada shooting, baru berkelapangan. Sorry sayang. Happy birthday to you my baby angel. Now you’re 13 years old already. Mommy pray the best for you in every single things you do. Love you and kakak so much.”
Mengamati wajah Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan.
Tidak kurang juga cahaya mata Fiza hasil perkahwinannya bersama bekas suami Aizat Al Jefri iaitu Siti Aleena Adra atau lebih dikenali sebagai Baby Aleena.
Seperti kakak-kakaknya, Baby Aleena yang dilahirkan pada 24 September 2018 juga tidak terkecuali mendapat perhatian kerana kecomelan yang dimiliki. Berkongsi perkembangan
Aleena, Fiza pernah mendedahkan kepada Nona.. anak ketiganya ini makin bijak dengan telatah comelnya.
Ditanya bagaimana penerimaan kedua-dua kakaknya sejak kehadiran Aleena, aktres ini memberitahu mereka dalam keadaan baik. “Syukur alhamdulillah, mereka dibesarkan dalam keluarga yang baik. Jadi semua tak ada masalah langsung. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra sayang sangat-sangat dengan Baby Aleena. Kalau tak video call sehari tak sah. Wajib VC!
Saya bersyukur Baby Aleena dikelilingi oleh ramai kakak-kakak dan adik-anak yang sayangkan dia. Dia memang rapat dengan kakak dia termasuklah dengan anak baru (bekas suami pertama). Mereka sayang dengan Baby Aleena. Kalau VC tu, semua nak cakap dengan Baby Aleena, siap mereka reka cipta lagu Baby Aleena untuk dia lagi.
Jadi saya tak rasa kekok langsung malahan saya lebih happy sebab macam saya punya ramai anak. Lepas ni kalau keluar, pasti ramai yang confuse berapa orang anak saya,” ujarnya sambil ketawa.
Tambahnya lagi, “Jujur saya katakan, saya memang suka budak-budak dan sayang anak-anak syurga ni. Saya happy
bila semua panggil saya mummy dan kami seumpama satu family. Saya pun kerap berulang-alik dan rapat dengan semua.Jadi saya rasa sayalah wanita yang paling bertuah dan beruntung sebab mempunyai hubungan sebegini. Syukur sangat-sangat.
Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun akhirnya bercerai.
Malah, perkahwinan Fiza dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Aizat Al Jefri pada Disember 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Baby Aleena.
Kredit foto: Instagram Fiza Halim
This website uses cookies.