NONA SUPERWOMAN 2020 Raikan Kejayaan Wanita Pencetus Inspirasi

Malam Gala NONA SUPERWOMAN 2020 yang diadakan pada 18 Disember lalu merupakan kemuncak perjalanan siri NONA SUPERWOMAN yang dianjurkan oleh majalah NONA bagi meraikan wanita dalam pelbagai bidang yang menunjukkan kecemerlangan dan sumbangan yang diberikan kepada komuniti dan negara sepanjang tahun 2020.

Seramai 47 individu dari pelbagai bidang diraikan dalam satu majlis secara virtual yang diadakan di Shah Alam Convention centre (SACC) jumaat lalu. Majlis turut dihadiri tetamu VIP antaranya termasuklah  Yang Berbahagia Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, keluarga & Masyarakat serta isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad dan Ketua Pegawai  Eksekutif  Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim Mohd Fahim.
YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah merupakan di antara penerima anugerah utama di majlis malam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2020.

Menurut Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, majlis pengiktirafan yang diadakan buat kali kedua ini cukup berbeza berbanding sebelumnya. “Saya bersyukur kerana majlis pengiktirafan ini akhirnya dapat dilaksanakan, meskipun secara maya memandangkan situasi pandemik COVID-19. Disebabkan itu juga, majalah Nona keluar dari norma sebelumnya dan memberikan satu penghargaan yang cukup besar kepada wira negara.

Yang Berbahagia Datuk Seri Rina Mohd Harun menampaikan ucapan di majlis NONA SUPERWOMAN 2020

”Majlis bertemakan ‘New Normal Glam’ ini ditaja sepenuhnya oleh jenama produk penjagaan rambut, Faith Fleur. Berlokasi di Shah Alam Convention Centre (SACC), ia distrimkan secara langsung melalui YouTube Live dan Facebook Live saluran Majalah Nona. Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, malam pengiktirafan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Noryn Aziz dan Ernie Zakri. Malam majlis akan dihoskan oleh Daphne Iking.


Berikut adalah senarai lengkap penerima anugerah NONA SUPERWOMAN 2020:
1.Nona Superwoman Award – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
2.Nona Frontliner Award – Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
3.Nona Royal Award – Che Puan Sofie Louise Johansson

4.Nona VIP Award – Puan Sri Nisa Bakri
5.Nona Fashion Moghul Award – Dato’ Seri Dr Farah Khan
6.Nona Homegrown Award – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
7.Nona Motivator Award – Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
8.Nona Legend Award – Ella


9.Nona Health Influencer Award – Dr Nur Amalina Che Bakri
10. Nona Educated Celebrity Award – Dr Soo Wincci
11. Nona Business Icon Award – Neelofa
12. Nona Fashion Designer Award – Alia Bastamam


13. Nona Most Promising Entrepreneur Award – Tya Arifin


14..Nona Active Award – Farah Ann Abdul Hadi
15. Nona Fashionista Award – Scha Alyahya

16.Nona Charity Award – Heidy Quah
17. Nona Influencer Award – Mira Filzah


18. Nona Best Young Entrepreneur Award – Nabella Anuar, Kayman Beauty
19. Nona Best Beauty Entrepreneur Award – Datin Fatin Amyera Zainal Abidin, Amyera Empire


20. Nona Best Networking Business Award – Siti Noor Sabrina Soobri, Mamasab International
21. Nona Best Aesthetic Award – Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim & Mohammad Syafiq Lokman Hakim, Beaux Aesthetic

22. Nona Best Emerging Founder Award – Dato’ Sri Anis Romli, Imorice
23. Nona Best Charity Award – Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Hajjah Rozzanamoon Dato’ Haji Rahmat


24 Nona Best Islamic Education Award – Ustazah Siti Khadijah Mohni, Hatimurni Islamic Private School
25. Nona Best Medical Footwear Award – Nur Diana Dzulkiply, MEDSHOE
26. Nona Best Halal Beauty Award – Norazimah Abd Jalil, HAUS Cosmetics

27. Nona Best Hair Care Product Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
28. Nona Best Accomplishment Business Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur
29. Nona Best Image Consultant Award – Debby Yunus
30. Nona Best Online Supplement Award – Nurul Diana Mohd Pudzi, Dianz Cosmetics
31. Nona Best Birdnest Skin Benefit Award – Norshahila Ahmad, Birdnest Beauty
32. Nona Best Businesswoman Award – Zurin Zakaria, Carrisa Cosmetics


33. Nona Best Influencer Skincare Brand Award – Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, Ainaa Beauty
34. Nona Best Duo Entrepreneur Award – Datin Ayu Roslan, Bokitta


35. Nona Best Entrepreneur Cosmetics Award – Afzalizah Nizam Azizan, Cubre Mi
36. Nona Top Rising Entrepreneur Award – Norashima Edi, Snowhitee Beauty
37. Nona Excellence Entrepreneur Award – Yaya Suhaimi, Nufiya


38. Nona Best Collaboration Founder Award – Nadjua Zailani & Izzat Roslan, Bungaa X AnissaFaizul
39. Nona Excellence Bird’s Nest Brand Award – Amy Yusuff & Norelissa Idayu, Sahi Sarang Burung


40. Nona Best Emerging Hijab Brand Award – Nurul Fareha Anuar, Fareha
41. Nona Best Textile Entrepreneur Award – Siti Zaharah Ismail, Fyzara


42. Nona Early Edupreneur Award – Nor Fadilah Alias, Al Khauthar Eduqids
43. Nona Best Uprising Hijab Brand Award – Siti Zaleha Hamzah, Hijab by Hanami
44.Nona Best Beauty Brand Award – Ladybossrafa, K-Colly


45. Nona Best Strategic Business Thinker Award – Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan
46. Nona Best Premium Bird Nest Health & Beauty Brand Award – Nurlyana Darwesh, Eve Essentials

Nurlyana Darwesh Eve Essential

 

Nur Bashirah Hussin, Chatms Malaysia

47.Nona Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award – Nur Bashirah Hussin, Charms Malaysia
Tahniah kepada semua penerima anugerah NONA SUPERWOMAN 2020. Di harap kejayaan anda menjadi inspirasi kepada usahawan di luar sana untuk berjaya!

Share
Published by
Rosmah Idayu