Malam Nisfu Syaaban, Pintu Langit Terbuka, Doa Termakbul. Tadahkan Tangan Untuk Sama-Sama Berdoa Jauhkan Musibah

Dalam suasana Malaysia sedang berhadapan masalah wabak dan Perintah Kawalan Pergerakan, tanggal 8 April bersamaan 14 Syaaban merupakan malam yang istimewa buat umat Islam dipanggil Nisfu Syaaban.Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang untuk menghayati malam yang penuh keindahan bagi umat yang kusyuk dan menghayati keindahannya.

Nisfu Syaaban membawa maksud separuh daripada bulan Syaaban iaitu pada malam ke 15. Ia merupakan malam penuh keberkatan dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam dimana buku catatan amalan Muslimin dan Muslimat selama satu tahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baharu.

Bulan Sya’ban adalah merupakan di antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini dan disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah kita sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang sahih. Di samping itu, terdapat beberapa hadith yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban

MALAM DOA DIMAKBULKAN

Menurut petikan dari laman Mufti Wilayah Persekutuan, antara kelebihan pada malam Nisfu Syaaban ialah:

“Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan:.

(Daripada Abu Musa al-Asya’ari RA bahawa Nabi SAW bersabda)

“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampunkan sebanyak bilangan bulu kambing pengawal”

(Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda)

“Allah SWT melihat pada malam Nisfu Syaaban kemudian mengampukan hambaNya kecuali dua golongan iaitu orang yang bermusuhan dan orang yang membunuh diri”

(Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda)

 

AMALAN TERBAIK MALAM NIFSU SYAABAN:

Walaupun Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Rasulullah SAW, namun sebagai sunnah tidak salah sekiranya umat Islam merebut peluang tersebut untuk mengimarahkan malam tersebut dengan melakukan amal ibadat sebaik mungkin.Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:

1.Solat Sunat Nifsu Syaaban: Ia termasuk dalam golongan sunat mutlak yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh dilakukan usai mengerjakan solat Mahgrib, Isyak atau solat sunat Qiamullail.

Lafaz Niat:

Maksudnya:

“Sahaja aku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Taala”

 Ia diikuti:

1.Rakaat pertama membaca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun.

2.Rakaat kedua, membaca Al-Fatihah dan Surah Al Ikhlas.

3. Selepas memberi salam, diikuti bacaan Yaasin sebanyak 3 kali.

Selepas selesai mengerjakan solat sunat, diikuti bacaan Yaasin sebanyak tiga kali, Sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, boleh dilakukan selepas Isyak dengan niat :

1.Semoga Allah memanjangkan umur serta dapat melakukan amal ibadat.

2. Menambahkan rezeki

3.Ditetapkan iman

Amalan yang digalakkan pada malam Nisfu Syaaban:

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam nisfu Sya’ban tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya samada dengan membaca Al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, sekali lagi kami nyatakan bahawa tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam Nisfu Sya’ban.

Di kesempatan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, marilah kita sama-sama menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan melakukan ibadat seperti solat tasbih, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW dan memasangkan niat menjadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa kepada Alllah.

1.Mendoakan semohda dipanjang umur, sihat tubuh badan agar dapat melaksanakan amal ibadat dengan lebih baik.

2.Menyelamatkan Malaysia dan seluruh dunia dari bahaya seperti musibah, bala wabak penyakit seperti yang sedang kita alami kini iaitu COVID-19.

3.Meminta Allah mengurniakan rezeki yang halal dan menjadikan hamba yang mati dalam keadaan Husnul Khatimah iaitu sebaik-baik pengakhirannya.

4.Mengerjakan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah bersama keluarga di rumah walaupun masjid dan surau tidak dapat diimarahkan pada malam Nisfu Syaaban kali ini.

Kelebihan malam Nisfu Sya’ban adalah sabit berdasarkan hadith  iaitu Allah SWT akan turun ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampunkan hamba-hamba-Nya. Dalam masa yang sama, tidak ada amalan yang khusus pada malam Nisfu Sya’ban melainkan amalan-amalan yang bersifat umum. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

muftiwp.gov.my

 

Share
Published by
Rosmah Idayu