Kecantikan

Malaya Perfumery Lancarkan Tea Series, 5 Haruman Mewah Bangkitkan ‘Mood’ Pada Setiap Semburan

Jenama minyak wangi yang menjadi perintis haruman berformula ‘vegan’ di Malaysia, Malaya Perfumery melancarkan rangkaian minyak wangi baharunya, Tea Series di sebuah majlis bertemakan floral pastel di ibu kota baru-baru ini. Majlis pelancaran itu turut disertai rakan media dan para pempengaruh.

Antara barisan pempengaruh yang hadir memeriahkan majlis pelancaran Tea Series dari Malaya Perfumery.
5 wangian eksklusif dengan aroma tersendiri pasti menyerikan hari anda dengan setiap semburan.

Haruman Tea Series yang menampilkan lima haruman mewah dan segar ini diinspirasikan daripada minuman teh yang sedang ‘trendy’ sekarang ini. Teh menjadi salah satu minuman popular dan boleh dikatakan ’wajib’ dinikmati setiap hari oleh masyarakat di Malaysia. Maka, di sinilah tercetusnya idea untuk membawakan gaya hidup tersebut ke dalam seleksi minyak wangi yang pastinya memberikan pesona luar biasa kepada si pemakai.

Rangkaian minyak wangi ini diadun dengan pemilihan bahan-bahan terbaik melalui saringan yang teliti. Setiap satunya dipilih untuk profil bau dan ceritanya yang unik. Perjalanan penghasilannya dimulakan dengan mendapatkan daun teh terbaik dari seluruh dunia. Daun-daun ini kemudiannya dipadankan dengan bahan botani pelengkap — kulit sitrus yang beraroma, herba aromatik dan bunga yang mekar. Ini bertujuan untuk meningkatan setiap nota aroma.

Menurut Pengasas Malaya Perfumery, Ezekiel Zayd, “Setiap wangian dalam Malaya Perfumery Tea Series ini membawa konsep wangian teh untuk mood ketenangan dengan ramuan resipi nota-nota bunga dan wangian teh segar yang halus untuk menghasilkan aroma yang tenang dan memikat. Saya percaya bahawa teh bukan sekadar minuman, tetapi juga salah satu cara untuk mengekspresikan diri dan meningkatkan mood anda.”

Pengasas Malaya Perfumery, Ezekiel Zayd

Tambah beliau, melalui haruman Tea Series ini, beliau ingin memberikan pelanggannya peluang untuk meneroka sisi baru dan ekspresikan mood diri yang lebih berpesona, tenang, dan elegan. Minyak wangi umpama aksesori pelengkap gaya dan penambah keyakinan diri. Jika pilihan aromanya tepat, ia mampu membangkit aura positif dan energetik kepada pemakainya.

Setiap semburan Tea Series membangkitkan sensasi aromatik dalam suasana hangat dan mewangi—pengalaman yang menyelubungi anda dengan sentuhan penuh selesa, tenang dan moden.

Agaknya mana satu pilihan anda??

Lima Rangkaian Tea Series:

Apricot Ceylon Tea

Campuran nota padu dan energetik daripada limau, sitron, dan oren mandarin. Aromanya dimaniskan oleh kehangatan gula hitam yang kaya dan berkaramel, nyata melembutkan ketegasan itu dengan menghasilkan kontras yang polos. Bayangan ambrette yang halus menambah nada lembut dan musky, menyatukan aroma dengan kehangatan yang tenang. Wangian keseluruhannya ternyata segar, bersitrus dan sedikit manis, membangkitkan rasa selesa namun menyegarkan—sempurna untuk menaikkan deriamu.

Mulbery Tea

Aroma teh mulberi dibuka dengan semburan cecair raspberi ranum, memenuhi ruang udara dengan aroma manis yang membangkitkan intipati beri musim panas. Kesegaran buah-buahan ini diseimbangkan dengan nota halus dan energetik daripada lily of the valley, menambahkan sentuhan keanggunan bunga hijau yang mengujakan. Semakin aroma bersemburan, ia meneriakkan rasa manis yang menambah ketegasan dan kepaduan harumannya.

Mint Tea

Minyak wangi ini terungkap dengan semburan pudina yang dingin dan segar, serta-merta memberikan kesegaran deria. Kejituan aroma sitrus oren mandarin menambahkan rasa manis pada adunan, manakala gabungan halus melati teh hijau dan hitam memberikan kombinasi luar biasa yang mendamaikan. Apabila haruman semakin mendalam, nada berkayu vetiver muncul, membumikan nota herba segar dengan kemasan yang hangat dan bersahaja.

Black Sugar Lemon Tea

Haruman ini menawarkan aroma buah-buahan yang bertenaga. Ia menggabungkan kemanisan aprikot ranum dengan kepekatan mewah dan tanah dari teh Hitam Cina yang halus. Nota haruman dibuka dengan aroma Oren Sicily yang segar, diikuti dengan teriakan kayu Guaiac Wood yang halus. Keseimbangan manis buah-buahan dan teh rancak mencipta pengalaman yang menarik dan menenangkan, sesuai untuk saat-saat bersantai.

Osmanthus Tea

Aroma teh Osmanthus bermula dengan semburan sitrus yang cerah bergamot yang menaikkan semangat serta-merta. Nota yang menyegarkan ini dijalinkan dengan pati bunga berkrim tuberose yang subur, menambah kedalaman yang kaya dan tulus. Apabila aromanya terungkap, haruman halus dan manis bunga osmanthus muncul, membawa kehangatan lembut madu yang menyelubungi deria. Kombinasi nota sitrus, bunga dan manis yang halus mencipta profil bau yang mempesona dan harmoni, membangkitkan perasaan tenang dan penuh keanggunan.

*Malaya Perfumery Tea Series boleh didapati secara dalam talian menerusi aplikasi WhatsApp, TikTok dan Shopee. Atau pembelian terus di Pop-up Store di Publika, KL East Mall, Avenue K, DPulze Cyberjaya,Star Hill Galery KL dan Lot 10 KL.

Share
Published by
Wan Firdaus