Malaysia Sedia Kemudahan Kuarantin Terbaik. Kos Hotel RM150 Dibiayai Kerajaan

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Adham Baba baru-baru ini telah mengisytiharkan terdapat 49 buah hotel yang telah diisytihar sebagai Stesen Kuarantin menerusi Warta Kerajaan yang dikeluarkan pada 4 April 2020 yang lalu.

BEST WESTERN PETALING JAYA

Pengisytiharan tersebut adalah untuk menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Berikut adalah senarai hotel yang terlibat:

  1. Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
  2. Tanjung Rhu Resort, Pulau Langkawi, Kedah
  3. Golden Sands Resort by Shangri-La Tanjung Bungah Pulau Pinang
  4. Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
  5. Best Western Petaling Jaya, Selangor
  6. COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil Selangor
  7. Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor
  8. Four Points by Sheraton Puchong Selangor
  9. Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah Pulau Pinang
  10. FOX Lite Hotel DPulze Cyberjaya
  11. Hilton Garden Inn Puchong Selangor
  12. Hilton Petaling Jaya, Selangor
  13. Palace Of The Golden Horses Seri Kembangan Selangor
  14. Hotel Sunway Qlio Petaling Jaya Selangor
  15. Hotel Sunway Pyramid Petaling Jaya Selangor
  16. Qliq Damansara Petaling Jaya Selangor
  17. Dorsett Putrajaya
  18. Ancasa Express @Pudu
  19. Cosmo Hotel Kuala Lumpur
  20. Four Points By Sheraton Chinatown Kuala Lumpur
  21. Furama Bukit Bintang Kuala Lumpur
  22. Grand Millenium Kuala Lumpur
  23. Hilton Kuala Lumpur
  24. Holiday Inn Express Kuala Lumpur
  25. Hotel Royal Kuala Lumpur
  26. Ibis Kuala Lumpur City Centre
  27. Ibis Style Kuala Lumpur
  28. Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur
  29. J-Hotel by Dorsett Kuala Lumpur
  30. Living at Dsulaiman Kuala Lumpur
  31. Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur
  32. Hotel Primera Kuala Lumpur
  33. Ramada Suites Kuala Lumpur
  34. Silka Cheras Kuala Lumpur
  35. Swiss-Inn Kuala Lumpur
  36. The Pearl Kuala Lumpur
  37. Hotel Crystal Crown Petaling Jaya
  38. Hotel Crystal Crown Johor Bahru, Johor
  39. Felda Residence Tanjung Leman, Mersing Johor
  40. Hotel Hallmark Regency Johor Bahru, Johor
  41. Hotel New York Johor Bahru
  42. Swiss-inn Johor Bahru Johor
  43. Hotel V8, Skudai, Johor
  44. Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang
  45. Grand Dormani Rajah Court Hotel Kuching Sarawak
  46. Hock Lee Hotel and Residence TowerA and Tower B Kuching Sarawak
  47. Hotel Kuching Park Kuching Sarawak
  48. Ming Garden Hotel & Residences Kota Kinabalu Sabah
  49. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu Sabah

Selain hotel yang disenaraikan di atas, terdapat 409 premis milik institusi dan jabatan kerjaan telah diisytiharkan sebagai stesen kuarantin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sebelum ini berkuatkuasa pada 21 Mac yang lalu.

Dalam masa yang sama, Pengisytiharan Stesen Kuarantin (No2) 2020 itu turut dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi warta kerajaan mengikut seksyen 2 Aktar 342.

Kerajaan hanya menanggung kos sebanyak RM150 sehari bagi individu yang memilih untuk menjalani kuarantin wajib di  hotel yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi individu yang ingin menginap di hotel yang melebihi peruntukan yang ditetapkan, perbelanjaan perlu ditanggung sendiri oleh mereka.

Beliau memberi penjelasan itu berikutan terdapat tohmahan bahawa wujud layanan tidak sama rata selepas tular senarai hotel bertaraf lima bintang yang turut diwartakan sebagai pusat kuarantin.

“Peringkat awalnya, kita wujudkan hotel seperti ini kerana mendapat permohonan daripada pihak kedutaan luar di mana diplomat asing mahu tinggal di hotel yang akan dibayar oleh kedutaan masing-masing.

“Sebab itu ada hotel yang bertaraf tiga bintang dalam senarai yang diwartakan ini. Bagaimanapun saya ingin tegaskan bahawa mana-mana individu termasuk rakyat Malaysia yang memilih untuk kuarantin di hotel, kos yang ditanggung terhad kepada RM150 sehari sama seperti di pusat-pusat kuarantin lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Ismail Sabri berkata, walaupun individu yang memasuki negara ini boleh memilih untuk tinggal di hotel, namun kerajaan menetapkan hanya hotel yang telah diwartakan.

“Mereka tidak boleh memilih untuk tinggal di hotel selain yang diwartakan itu kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti di pusat kuarantin lain.

“Mereka akan tetap dipantau oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan sepanjang tempoh itu tidak dibenarkan keluar dari bilik dan ahli keluarga juga tidak boleh bertemu mereka,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Share
Published by
Rosmah Idayu