Berseri-seri wajah pasangan suami isteri popular, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin. Enam bulan melayari bahtera perkahwinan dan bernikah ketika pandemik Covid-19, pasangan tersebut akhirnya berpeluang untuk mengadakan satu majlis kesyukuran yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat baru-baru ini.
Selamat bergelar suami isteri pada 19 September 2021, pasangan selebriti ini diraikan di sebuah lokasi eksklusif di Melaka. Dalam majlis itu, Zizi dan Yusof mengenakan persalinan sedondon kelabu hasil ilham pereka Shanell Harun.
Menerusi media sosial Zizi Kirana, penyanyi berasal dari Sabah atau nama sebenarnya Nur Fazelah Md Tahil ini meluahkan rasa syukur kerana dapat berkongsi kegembiraan bersama insan tersayang.
“SubhanAllah, alhamdulillah Ya Allah. Kau Maha Baik Ya Rabb dengan izin Mu Allah majlis kami berlangsung dengan lancar asbab keberkatan doa ibu dan bapa kami, ahli keluarga , guru-guru kami dan sahabat handai.
Yang baik itu semua dari Mu Ya Rabb dan yang kurang itu semua dari kami. Allah hadirkan untuk kami tetamu-tetamu yang sangat mulia untuk memeriahkan lagi majlis semalam. Ampun Maaf atas segala kekurangan dari pihak kami.
Moga Allah balas jasa baik kalian semua dgn berganda ganda kebaikkan didunia mahupun di Akhirat kelak Aaminn Allahumma Aaminn.”
Namun apa yang menarik perhatian peminat ialah reaksi Zizi dan suami tercinta yang mengaku timbul rasa malu untuk bersanding di pelamin pada majlis Raikan Cinta Yusuf & Nur. Ujar Zizi, “Malu kami nak bersanding. Sebenarnya, kami lebih pada nak buat majlis kesyukuran dan santai saja.
Jadi, kami mahu raikan denagn kaum keluarga dan rakan terdekat. Lagipun,kami malu sanding. Dari awal lagi kami memang nak majlis ini santai, tetamu datang makan, berjumpa, bergambar dan dengar persembahan qasidah.”
Zizi yang kini berusia 37 tahun baharu melancarkan single ‘Pijak’. Suaminya, Yusuf berusia 30 tahun juga difahamkan sudah memasang niat untuk mengadakan majlis kesyukuran berbanding resepsi persandingan khusus bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Moga perkahwinan Zizi dan Yusuf terus diberkati serta berkekalan hingga ke syurga.