Berniaga di platform digital semakin menjadi-jadi sekarang. Hati memang nak ikut trend, tapi masih rasa malu nak buat live untuk promosi produk sama ada di platform Facebook, Instagram dan Tiktok.
Kadang-kadang nampak macam senang sahaja usahawan produk bercakap depan kamera telefon bimbit, semua produk yang dijual semakin laku. Nak juga jual produk tetapi masih tebal rasa malu nak buat live apatah lagi bercakap di depan kamera.
Juara Pencarian Nona Superwoman 2021 yang sentiasa melemparkan senyuman paling manis ini telah berkongsi tip untuk mula membuat live di platform digital.
Mungkin kepetahan Norfazlina Mohd Faozi atau lebih glamor dengan panggilan Fazs Faozi ini berkata-kata adalah bonus buatnya tapi ada tip yang telah dikongsikan olehnya khusus buat pembaca NONA.
“Nak dapatkan keyakinan diri ketika buat live sememangnya makan masa tapi yang penting kita kena buat sahaja dulu. Kalau kita tak mula dan hanya berfikir sahaja nak buat tak akan bawa ke mana.
Apa yang penting, kena mula dahulu kemudian buat kajian. Setiap kali selepas habis live, tengok balik klip live yang telah kita buat dan ubah jika ada kekurangan untuk kebaikan.
Kalau kita macam tak pandai sangat nak bercakap kita sediakan teks apa yang perlu diutarakan dan karang kata-kata penutup macam mana ketika live tersebut.
Dan yang paling penting kalau rasa tak ada keyakinan diri nak buat live apa kata pakai sedikit solekan tapi kalau tak pandai nak bersolek, guna sahaja filter.
Tak susah kan,” ucap Fazs Faozi yang melepaskan kerjaya dalam bidang perbankan dengan gaji lumayan semata-mata minat terhadap bidang kecantikan.Bagaimana agaknya wanita yang mempunyai minat mendalam dalam bidang kecantikan sehingga bergelar usahawan kosmetik ini menangkis kata-kata negatif daripada netizen.
“Abaikan kutukan orang, kalau kita nak dengar kata-kata negatif orang sampai bila kita tak akan berjaya. Apa yang penting buat sahaja dan apabila kaki dah mula melangkah kita akan mencapai kejayaan,” kata anak dan kelahiran Tapah, Perak ini.
Wanita lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kepujian ini beruntung kerana mempunyai keluarga yang sanggup susah senang bersama dan menjadi nadi kepada kejayaannya sekarang.
“Keluarga adalah tulang belakang saya. Tanpa keluarga, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini. Suami saya, insan paling supportive. Suami sentiasa menghulurkan bantuan di saat saya memerlukan dan juga ibarat pakar motivasi buat saya ketika down
.Selain itu, ibu bapa dan adik beradik juga sangat membantu terutama ketika saya memerlukan pertolongan untuk menguruskan anak-anak. Abah dan emak, dua insan yang tak pernah memandang rendah kebolehan saya,” kata Faz Faozi.
Baca juga; Ibu 8 Anak Urus 3 Syarikat, Sedekad Berbisnes Pengarah Urusan Eskayvie Ini Bergelar Jutawan
This website uses cookies.