Dah lama tak dengar cerita tentang kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa ini terutama di media sosial.
Noor Nabila Mohd Noor atau dikenali sebagai Nabila merupakan Pengarah Urusan NH Prima International Sdn Bhd.
Seperti yang kita tahu, adik beradik perempuan Nabila semuanya mewarisi kecantikan ibu mereka.
Kelebihan buat mereka kerana dilahirkan dalam keluarga berketurunan Pakistan-Arab.
Maka tak lengkap perbualan kami kalau penulis tidak kongsikan tentang rahsia atau petua sihat cantik Nabila buat pembaca.
Ini yang diamalkan Nabila termasuklah petua yang diamalkan Mama kesayangannya, Datin Noor Kartini atau Datin Tini.
Berusia 50an, Datin Tini yang merupakan ibu 9 anak masih nampak awet muda sampai sekarang. Patutlah anak-anak perempuannya cantik manis semuanya!
“Salah satu petua yang selalu diamalkan oleh Mama ialah suka makan madu. Kalau rutin kecantikan pula, Mama paling pantang kalau kami tak cuci muka bersih-bersih.
“Bagi Mama kulit kena jaga betul-betul terutamanya muka. Bersih luar dan dalam. Itulah antara petua yang dikongsi oleh Mama dengan kami adik beradik.”
Untuk info, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun 2017 namun bercerai pada Julai 2020.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.
This website uses cookies.