Pemergian arwah Hajah Faziani Rohban ke negara abadi sehingga kini disebut-sebut. ‘Dijemput’ ketika bulan Ramadan dan dalam perjalanan membuat amal bakti serta sarat dengan amal jariah membuat pemergiannya begitu istimewa.
Kini hanya tinggal ahli keluarga arwah untuk meneruskan legasi yang telah ditinggalkan arwah. Seseungguhnya arwah Faizani sangat bertuah kerana mempunyai anak lelaki yang mampu menyambung tugas yang telah ditinggalkan dan kuat mengatasi kesedihan kehilangan insan tercinta.
Iqbar Hakim Jasman, 20 tahun yang berkongsi di laman Instagramnya dan berjanji kepada arwah ibunya untuk meneruskan apa yang telah ditinggalkan oleh ibunya.
Kongsinya, “Mami rehat lah dengan tenang dan aman di syurga. Saya di sini akan meneruskan perjuangan ini dan akan membantu orang-orang yang memerlukan seperti mana arwah mama lakukkan. I will comeback, better and stronger. Alhamdulilah,”.
Iqbar Hakim juga seakan telah berjumpa dengan semua staf bagi meneruskan perniagaan mereka seperti yang tertera dalam gambar ini, “Alhamdulilah, kita start dengan semangat yang baru tetapi jiwa yang lama tetap berada dalam DNARS. Kita terus perjuangkan apa yang arwah mahu, tak usah ditangguh lama, kerana arwah pun sudah tenang di sana.
Saya perlu kerja keras untuk memastikan fenomena baharu akan terbentuk dalam industri ini. Ya Allah aku bersyukur denganMu, kerana memberi waktu yang singkat untuk aku bangun balik, alhamdulilah. We are family
,”.Tambahnya lagi, “Selesai di production hari ini buat sedikit semakan untuk management, yang mana sudah dibuat saya kekalkan, jikalau saya ingin buat improvement saya akan berbincang dengan semua ahli lembaga.
Alhamdulilah semua staf menerima saya dan saya akan jalankan tugas ini dengan sebaik mungkin sepertimana yang diminta oleh arwah suatu ketika dahulu.
Saya lepaskan apa yang saya buat sebelum ini, kerana saya mempunyai satu perjuangan yang besar untuk saya laksanakan. Terima kasih semua untuk kata-kata semangat anda,” kongsi Iqbar yang menggalas tanggungjawab dalam usia yang begitu muda,” kongsinya.
Iqbar juga berkongsi tentang pengalaman terdahulu ketika sedang membesar apabila ibunya dengan bertatih dalam perniagaan. “When I was 9 years old, aku hanya ada RM0.50 duit untuk berbelanja di sekolah. Sekarang aku tak nak adik-adik aku dan orang keliling aku rasa benda tu,” katanya.
Semoga Iqbar terus kuat meneruskan perjuangan arwah Faziani Rohban dan memiliki sifat pemurah ibunya.
Foto: Instagram @iqbar_hakim
This website uses cookies.