Susu sememangnya kaya dengan nutrisi dan menyihatkan. Ia bukan saja boleh diperlukan untuk keperluan menu sihat bahkan bermanfaat untuk rawatan kecantikan. Jika di pusat-pusat kecantikan sering menawarkan rawatan susu.
Ads
Namun sebenarnya banyak manfaat susu segar untuk kesihatan rambut. Malah, anda tidak perlu ke spa atau salun. Di rumah pun boleh buat sendiri. Jom semak 4 manfaat susu segar kepada rambut.
RAWATAN RAMBUT KERING & KASAR
Caranya ialah cuma dengan menyapu susu segar di seluruh kulit kepala. Atau boleh juga mencampurkan tiga sudu makan susu segar bersama setengah biji pisang, satu sudu makan madu dan satu sudu makan minyak zaitun. Kisar halus semuanya lalu sapukan pada rambut. Biarkan selama satu jam kemudian bilas bersih.
SEBAGAI PERAPI
Susu juga bleh dijadikan sebagai perapi terbaik untuk rambut. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan susu sejuk ke dalam sebuah botol semburan. Kemudian sembur susu tersebut ke keseluruhan rambut. Kemudian sikat rambut dengan lembut. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas bersih.
Ads
RAWATAN RAMBUT KUSUT
Untuk dijadikan masker rambut kusut anda memerlukan kopi, yogurt, telur, minyak badam, minyak zaitun dan beberapa titis susu segar. Kemudian campurkan semua bahan lalu sapu di kulit kepala. Biarkan sehingga satu jam kemudian bilas dengan air suam.
Ads
RAMBUT LEBIH BERKILAU
Seperti kita tahu menggunakan santan juga boleh menjadikan rambut lebih lembut, lebat dan hitam berkilau. Namun susu segar juga tak kurang manfaatya. Ianya membantu menjadikan kulit kepala lebih sihat. Anda hanya perlu menyapunya ke seluruh helaian rambut seterusnya biarkan beberapa saat. Bilas sampai bersih. Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dah bapanya seorang pereka fesyen, sudah tentu anaknya mendapat sentuhan eksklusif si bapa untuk apa jua pakaian yang bakal digayakan! Itulah kelebihan yang dimiliki oleh Rizqaa apabila bapanya mereka busana khas untuknya ke sekolah!
“Hmm.. when your dad is a fashion designer and he decides to do my own school uniform”-RIZMAN NORDIN.
Menjengah ke laman Instagram milik Rizman, pereka fesyen terkenal itu memuat naik beberapa keping foto Rizqaa yang mengenakan pakaian rona hijau untuk ke sekolah. Menariknya, pakaian tersebut mendapat sentuhan dari Rizman sendiri yang mereka pakaian tersebut khas untuk puterinya itu!
Foto tersebut turut menarik perhatian beberapa selebriti tempatan antaranya termasuklah Mira Filzah,Catriona Ross dan Linda Rafar yang memuji pakaian yang digayakan oleh Rizqaa ke sekolah!
Untuk rekod, Rizqaa mula mendaftarkan diri ke tadika pada tanggal 10 Januari yang lalu. Keterujaan Rizman mahupun isteri tersayang, Nurida Suraya menghantar anak perempuan mereka ke tadika jelas terpancar apabila memuat naik beberapa foto kerenah Rizqaa di tadika pilihan mereka.
Kecomelan wajah Rizqaa sering menarik perhatian umum apatah lagi dengan penataan gaya yang diselaraskan oleh kedua ibubapanya yang sentiasa nampak cantik dan sepadan. Untuk rekod, Rizman mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Nurida Suraya pada 13 September 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Princess Rizqaa pada tahun 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Riasan natural glowing pada mata menjadi trend yang bakal hit untuk solekan mata. Solekan mata bersolek seumpama tidak bersolek semakin menjadi pilihan jurusolek profesional antarabangsa dan tempatan.
Masing-masing menunjukkan kepakaran dalam melakar rona mata dengan efek yang lebih segar dan natural. Sekali-sekala boleh menyuntik rona yang tegas ketika menghadiri majlis makan malam dan juga buat pengantin yang bersanding di atas pelamin.
Trend alis tebal sudah tidak relevan pada tahun ini. Solekan alis yang natural yang terlihat barisan bulu-bulu halus pada kening semakin mendapat tempat di hati mereka yang mengikuti perkembangan solekan.
Yang pasti kening yang tidak terlalu tebal atau tidak terlalu nipis dan nampak natural sahaja dengan bulu kening jelas kelihatan. Bagi pembayang mata pula, trend tahun ini terarah kepada warna-warna tanah yang neutral seperti coklat.
Item Perlu Ada
Teknik Solekan Untuk Mata Menggoda
Langkah 1: Bagi mendapat hasil kening yang kemas perlu mempraktikkan teknik yang betul.
Langkah 2: Pensel kening perlu berada dalam keadaan runcing agar mendapat efek yang sempurna.
Langkah 3: Berus kening dengan lembut agar kelihatan cantik terletak.
Langkah 4: Sapu pembayang mata dengan rona tanah seperti coklat menggunakan berus yang lembut. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal 8 Jun 1957 merupakan ulang tahun kelahiran bintang tersohor Bollywood, Dimple Kapadia. Melewati tarikh tersebut hari ini, Dimple secara rasminya genap berusia 64 tahun. Meskipun mencecah umur 60an, kecantikan aktres filem blockbuster Bobby ini masih berbisa. Lebih-lebih lagi dagu lekuknya yang sering menjadi tarikan!
Menelusuri latar belakang Dimple, dia dilahirkan di Mumbai, India dan anak kepada keluarga berada Gujarati di sana. Dimple merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Simple Kapadia yang juga pelakon. Namun Simple meninggal dunia pada tahun 2009.
Ketika baru berusia 16 tahun, Dimple Kapadia sudah bergelar bintang Bollywood. Namanya melonjak dan terus menjadi perhatian menerusi filem Bobby bergandingan bersama pelakon handalan, Rishi Kapoor pada tahun 1973. Sewaktu menjalani penggambaran filem Bobby, Dimple dilapor menjalin hubungan dengan teraju utama filem berkenaan dan Rishi berhasrat melamarnya. Tetapi dihalang untuk berjumpa dengan wanita cantik itu lagi oleh bapa Rishi yang juga pengarah tersohor, Raj Kapoor.
Dimple Kapadia menjadi tumpuan ramai bukan hanya kerana bakat lakonannya bahkan kerana wajah cantik aktres ini. Enam bulan sebelum filem Bobby disiarkan di layar perak, Dimple telah mengikat tali perkahwinan bersama superstar Bollywood, Rajesh Khanna yang 15 tahun lebih berusia daripadanya.
Sebaik bergelar isteri, anak kepada pasangan Betty Kapadia dan Chunnibhai Kapadia tersebut memutuskan untuk berhenti berlakon. Bagaimana pun, pasangan ini dikatakan berpisah pada tahun 1982. Hasil perkongsian hidup, Dimple dan Rajesh dikurniakan dua anak perempuan yang juga pelakon, Twinkle Khanna dan Rinke Khanna.
Pada tahun 1984 Dimple kembali mewarnai industri filem Bollywood dengan niat mahu bekerja selepas dua tahun berpisah dengan Rajesh Khanna. Berdasarkan rekod cemerlang dan reputasi baik dalam karier lakonan, Dimple berjaya meletakkan dirinya sebagai antara pelakon wanita terbaik Bollywood. Sepanjang pembabitan dalam kerjaya seni, Dimple mendapat pengiktirafan daripada National Award dan meraih lima FilmFare Award di India.
Tidak hanya dikagumi kerana kecantikan, keperibadian Dimple Kapadia turut menarik perhatian peminat seni di India. Mana tidaknya walau sudah berpisah dengan Rajesh Khanna dan tidak membuat kenyataan rasmi mengenai penceraian mereka, Dimple dilaporkan tidak pernah mengeluarkan kata-kata sindiran atau bercerita buruk tentang bekas suami.
Memetik kenyataan Dimple menerusi temu bualnya dengan media India pada tahun 2017, “Ramai salah faham terhadap Kaka (Rajesh Khanna). Dia ialah seorang lelaki yang hebat. Saya sangat muda dan terburu-buru ketika kami berkahwin. Memang kami berpisah tapi kenangan dan cinta saya terhadapnya masih terasa. Jadi, jangan sesekali cuba mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas mengenainya.”
Seawal pembabitan bergelar anak seni, Dimple dilihat enggan terlalu mengejar populariti dan komited dengan minat lakonan yang diceburi. Meniti usia 64 tahun, kini Dimple bahagia menjalani hidup normal di samping anak-anak tersayang dan hanya menerima tawaran berlakon yang dirasakan sesuai dengan dirinya.
Sumber: Pink Villa & Hindustan Times
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...