Umum sudah mengetahui bekas personaliti TV Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai sepasang anak hasil perkahwinannya terdahulu bersama Sultan Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Foto: Instagram @bruneiroyals
Kedua-dua cahaya matanya iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Foto: Instagram @qudynaziz
Kini kejelitaan yang dimiliki oleh YTM Puteri Ameerah Bolkiah semakin mencuri tumpuan apabila tampil berhijab. Rakyat dari kedua-dua buah negara, Malaysia dan juga Brunei Darussalam menyifatkan kejelitaan milik Puteri Brunei ini mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh bondanya, Azrinaz Mazhar Hakim.
YTM Puteri Ameerah Bolkiah yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 28 Januari lalu telah pun berusia 12 tahun pada tahun ini. Puteri kesayangan rakyat Brunei ini pernah mendapat pendidikan di International School Brunei (ISB) dan kini baginda belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei).
Bekas personaliti televisyen ini telah melangsungkan perkahwinan kedua bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018. Kini Azrinaz Mazhar Hakim telah dikurniakan cahaya mata yang comel dan memilih nama Areesya Malaykha untuk puteri kesayangannya.
Ads
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkobar-kobar semangat wanita yang hadir ke Nona Superwoman Talkshow apabila bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyampaikan kata-kata inspirasi khusus buat mereka yang ingin dan sudah pun menceburi bidang perniagaan.
Tan Sri Shahrizat selaku Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) turut berbesar hati merasmikan private event berkenaan yang berlangsung di Bunglow 37, Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.
Tan Sri Shahrizat Rasmi Nona Superwoman Talkshow
Seramai lebih 50 wanita bertuah terdiri daripada ahli korporat dan usahawan dijemput meraikan Nona Superwoman Talkshow. Ia merupakan kesinambungan majlis pengiktirafan Nona Superwoman Award 2024 yang berlangsung dengan jayanya pada 8 Januari lepas.
Rentetan kejayaan itu, satu majlis ilmu iaitu Nona Superwoman Talkshow diadakan dengan kerjasama Bartech Beautee dan HAWA FG Ekonomi.
Antara pengisian utama Nona Superwoman Talkshow ialah sesi bual bicara bersama Pengasas Bartech Beautee iaitu Nurul Adlinna Mohd Bakri yang juga penerima Nona Best Business Development SME Award 2024 dan Nona Best Trusted Beauty & Whitening Brand Award 2024 serta Coach Borong China Expert yang juga penerima Nona Business Strategist Award 2024, Cikgu Samm.
Dalam sesi bual bicara selama kira-kira 20 minit tersebut, pelbagai input berkaitan perniagaan dibincangkan secara terperinci oleh kedua-dua panel. Ini termasuk mengenai kaedah pemasaran perniagaan baharu, cara mengembangkan bisnes dengan tepat dan kisah pengalaman mereka sepanjang mengendalikan empayar perniagaan.
Majlis Nona Superwoman Talkshow turut diserikan dengan kehadiran mantan Ahli Dewan Negara yang juga Pengerusi HAWA FG Ekonomi, Datuk Seri Dr Zurainah Musa. Nona Superwoman Talkshow ini mengetengahkan tema rona pastel baby blue dan silver. Acara pada malam berkenaan lebih ceria dengan celoteh dan gelagat menghiburkan daripada Kiffy Razak selaku pengacara majlis.
Semoga lebih banyak usaha berkaitan pembangunan golongan wanita sama ada dalam dunia perniagaan mahupun kerjaya akan terus diperhebat pelbagai pihak supaya kemampuan dan kredibiliti mereka mendapat perhatian di peringkat lebih tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, anak perempuan Nur Nazirah Profesor Dr Md Nasir bakal meniti usia tujuh bulan. Nazirah yang juga adik kepada pelakon cantik, Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata sulung yang diberi nama Nur Helena pada 14 Julai 2023.
Baru-baru ini, Nur Nazirah atau mesra disapa Maggie dalam kalangan keluarga dan kenalan rapat mengadakan majlis akikah buat anakanda tersayang.
Memilih tema putih dengan dekorasi bunga-bungaan rona pastel, majlis meraikan kelahiran Nur Helena tidak ubah seperti majlis perkahwinan.
Serba indah, eksklusif dan lengkap dengan mini pelamin.
Dia kini mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM) dan memperoleh gred A untuk Proposal Defence tahun lepas.
Graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, Nazirah cukup bertuah kerana dapat ‘fast track’ sambung PhD dalam usia muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keprihatinan dan jiwa murni yang menebal dalam diri Dato’ Dr Hartini Zainudin mendorongnya bergiat aktif dalam dunia kebajikan sejak lebih 30 tahun lalu. Tidak mengharapkan sebarang liputan dan perhatian, jauh sekali pengiktirafan terhadap kerja-kerja kemanusiaan yang dilakukan berdekad lamanya, Dato’ Dr Hartini bagaimana pun bersyukur Yayasan Chow Kit berjaya membantu dan memberi perlindungan kepada 10,000 kanak-kanak sejak ia ditubuhkan.
Selaku Pengasas Yayasan Chow Kit, Dato’ Dr Hartini menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), agensi kerajaan dan korporat serta beberapa NGO lain demi memastikan misi penubuhannya tercapai.
Berkongsi suka duka menguruskan badan amal itu selama 17 tahun, pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Monitoring and Assessment (Education) dari Columbia University, New York ini membuka bicara.
Kredit Instagram Hartini ZainudinFoto Majalah NonaFoto Majalah NonaKredit Instagram Hartini Zainudin
“Yayasan Chow Kit adalah sebuah komuniti yang saling menjaga di antara satu sama lain dan mementingkan hubungan kekeluargaan. Saya sangat sayangkan kanak-kanak. Tak kisah walau apa pun terjadi, saya tetap sayangkan mereka.
Saya beri jaminan yang kanak-kanak di bawah jagaan kami berada dalam keadaan selamat, dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang. Ada yang tanya, kenapa kanak-kanak di sini tak nampak kotor dan selalu gembira. Itu bermakna kami buat kerja,” ulas Dato’ Dr Hartini sambil tertawa.
Ditanya mengapa bidang kebajikan kanak-kanak menjadi pilihan sedangkan mempunyai kelulusan tinggi dari luar negara, ini jawapan jujur Dato’ Dr Hartini. “Arwah ayah pernah tanyakan perkara sama kepada saya dulu. Jawapannya mudah, sebab saya ada peluang dan tidak pernah menyangka ada kanak-kanak terpinggir, tak bersekolah dan tak makan di Malaysia.
Saya pernah bekerja dengan United Nations (UN) yang membantu golongan kanak-kanak pelarian tapi saya balik ke Malaysia semula sebab ini cara saya untuk menyumbang kepada masyarakat. Ini juga adalah minat saya dan saya tak boleh masuk ke bidang lain walau dah cuba. Jadi, bidang ini saja yang saya mahu buat.”
Kredit Instagram Hartini ZainudinKredit Instagram Yayasan Chow Kit
Yayasan Chow Kit kini beroperasi di dua buah tempat iaitu Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) dan Kuala Lumpur Krash Pad (KLKP) serta sebuah rumah perlindungan. PAKK menempatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dengan memberikan mereka persekitaran sihat untuk pembelajaran dan bermain. Sementara KLKP pula dikhaskan untuk golongan remaja berusia 13 hingga 18 tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam kerja-kerja kebajikan, pelbagai kisah menyayat hati yang disimpan kemas Dato’ Dr Hartini. Ugutan dan berselisih pendapat dengan pihak berkuasa bagaikan sudah sebati dengan dirinya sepanjang perjuangan murni ini.
“Ada seorang ayah ini cuba jual anak dan dia masuk penjara selama dua bulan. Masa dia keluar 100 kali dalam sehari dia mesej ugut dan ikut saya. Saya terpaksa dapatkan perlindungan daripada polis selama dua minggu. Sudahnya saya terpaksa sembunyikan anak-anak daripada ayah mereka dan saya tak datang kerja selama beberapa bulan.
Foto Majalah Nona
Mengulas harapan terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya andai suatu hari nanti dia tiada lagi di sisi, Dato’ Dr Hartini dalam nada sebak meluah isi hati.
“Saya suka buat kebajikan. Saya mahu kanak-kanak ini buat yang terbaik bukan saja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat. Saya tak pernah paksa mereka tapi harap-harap ada di antara kanak-kanak yang saya ajar dan jaga ini meneruskan perjuangan saya supaya tiada lagi kanak-kanak yang terpinggir, terbiar dan menderita di negara kita.”
Sepanjang pembabitan dalam bidang ini, Dato’ Dr Hartini terbuka hati mengambil enam orang kanak-kanak sebagai anak angkat. Kini mereka hidup selesa dan menginjak usia remaja selain amat menyayangi insan berjiwa murni ini yang sudah pun dianggap seperti ibu mereka.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.