Gaya Hidup

Manis & Berseri-seri Tengku Puteri Iman Afzan Ketika Istiadat Menempah Bidan Di Istana Negara

Pasangan diraja YM Tengku Puteri Iman Afzan Abdullah dan YM Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah telah melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos tahun lalu. Ketika majlis resepsi yang berlangsung di sebuah hotel mewah di ibu kota pasangan ini benar-benar memukau pandangan para tetamu.

Foto: Instagram @rizalman71

Baru-bari ini, Tengku Puteri Iman Afzan yang hamil anak sulung telah melangsungkan Istiadat Menempah Bidan dengan penuh istiadat yang berlangsung di Istana Negara.

Foto: Instagram @istana_negara

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan.

Foto: Instagram @istana_negara

Istiadat itu turut dihadiri oleh keluarga kerabat diraja yang lain, Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.

Foto: Instagram @istana_negara

Upacara Istiadat Menempah Bidan telah dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.

Foto: Instagram @istana_negara

Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu.

Foto: Instagram @shahrezza61

Disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.

Tengku Puteri Iman begitu menyanjungi tradisi adat Melayu dan menyarankan agar generasi muda tidak mengabaikan adat resam budaya Melayu. Menurut Tengku Puteri Iman, upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.

Foto: Instagram @rizalman71

Tambahnya lagi, “Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” kata Tengku Puteri Iman.

Malah Tengku Puteri Iman dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah begitu teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.

Sumber: Sinar Harian

Share
Published by
Hamizatul Maizan