Alahai comel sangat Aafiyah! Pandai menari dan nampak ciri-ciri seorang entertainer persis ibunya penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Siti Aafiyah yang kini berusia empat tahun merupakan anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
“Alhamdullillah Aafiyah berikan yang terbaik. Bukan main dia menari ya. Terima kasih ayah temankan Aafiyah. Love you! Semoga terhibur menonton ya.”
Paling menarik perhatian ramai ialah Aafiyah mampu menari dengan baik mengikut rentak lagu. Langsung tidak nampak kekok di pentas. Ramai juga yang teruja dengan gelagat Aafiyah yang nampak sangat enjoy
dengan persembahannya itu.“Masya-ALLAH macam ibunya.”
“Woww menari nampak ibu. Hebat Aafiyah.”
“Subahanallah comelnye Aafiyah, berbakat seperti ibu.”
“Wahh bergaya Aafiah di pentas seperti ibu. Like mom like daughter.”
“On point step tarian Aarifah. Bagus.”
This website uses cookies.