Diabetes atau kencing manis merupakan satu penyakit kronik dan dianggap penyakit keturunan kerana jika ibu bapa mempunyai penyakit ini maka potensi untuk menghidap penyakit yang sama adalah tinggi.

IKLAN

Corak pemakanan seseorang merupakan punca kepada penyakit ini dan jika menghidapnya, pesakit perlu dirawat sepanjang hayat. Malah diabetes juga boleh menjadi punca kepada penyakit lain seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki.

Anda boleh mengesan sama ada menghidap penyakit ini atau tidak dengan memeriksa tahap glukosa dalam darah sebagai ujian saringan. Ini penting bagi memastikan anda bebas daripada penyakit yang dianggap sebagai ‘ibu’ segala penyakit.

Jika seseorang itu telah disahkan sebagai penghidap diabetes, beliau perlu mematuhi diet khusus yang telah disarankan oleh pakar pemakanan. Malah diet seorang penghidap diabetes dengan penghidap lain adalah berbeza kerana keperluan kalori yang berlainan.

Sebagai seorang penghidap diabetes, perlu elakkan merokok dan mengurangkan makanan berlemak.

Walaupun keperluan kalori yang berbeza bagi setiap penghidap diabetes, secara asasnya penghidap diabetes perlu peka terhadap tiga kategori makanan iaitu makanan yang perlu dielakkan, makanan yang boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit dan makanan bebas dimakan. 

(a) Makanan yang perlu dielakkan 

Ais krim, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, semua kuih manis, glukos, gula pasir, gula perang, gula merah, madu, coklat, biskut manis, jem, kaya dan minuman ringan sama ada minuman dalam botol, tin dan kotak.

(b) Makanan dalam kuantiti yang sedikit

IKLAN
  • Makanan berkanji atau mempunyai karbohidrat seperti bijirin, sayuran yang berkanji, kekacang dan susu.
  • Makanan berprotein seperti ayam, ikan, daging, telur dan makanan laut.
  • Makanan berlemak seperti minyak masak dan marjerin.

(c) Makanan yang boleh dimakan dengan bebas

  • Minuman cecair seperti air minuman, teh, kopi, air limau nipis.
  • Perasa dan rempah seperti serbuk kari, lada kicap dan cuka.
  • Sayuran berdaun hijau seperti sawi, kubis, kacang panjang dan sebagainya.

Secara asas, pengambilan makanan harus rendah lemak, gula dan garam serta melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika mengamalkan roti dalam pengambilan diet, gantikan roti putih dengan roti jagung.

Manakala jika mengambil nasi putih, pastikan nasi diambil bersama ulam atau sayuran hijau kerana kandungan serat dalam sayur-sayuran akan mengurangkan peningkatan gula darah selepas makan.

IKLAN

Sekiranya penghidap diabetes memakan nasi lemak, adalah baik jika dimakan dengan sayur seperti timun, kangkung, kacang panjang serta mengurangkan sambal yang dicampurkan gula.

Seorang penghidap diabetes tidak digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dalam suatu masa. Melalui pengawalan makanan, sedikit insulin yang dihasilkan sudah mencukupi untuk mengendali sejumlah glukosa yang ada dalam darah.

Jika makan berlebihan maka lebih banyak glukosa terkumpul dalam darah dan boleh menyebabkan berlaku komplikasi yang lebih serius kelak. Penghidap digalakkan makan dengan kuantiti yang cukup untuk keperluan tenaga sahaja malah perlu mengelakkan tabiat meminum arak. Rosmah Idayu Abu Samah

Perlu Tahu!

  1. Nilai Glukosa yang baik ialah 3.5 – 6.5 mmol/l.
  2. Paras gula normal ialah 4.4 – 7.8 mmol/l.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI