Gaya Hidup

Manis & Sering Bersama TUNKU AZIZAH, Puteri Bongsu Agong Sambut Hari Keputeraan ke-18

Puteri bongsu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar ini sering dilihat bersama bondanya, terutama sekali ketika mengiringi ke majlis-majlis bersama rakyat.

Foto: Instagram @houseofpahang
Foto: Instagram @istana_negara

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena dengan hari keputeraan YAM Tengku Puteri yang ke-18 hari ini. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan rahmat, juga lindungan kesihatan, hidayah serta redaNya. Menjunjung kasih.

Foto: Instagram @houseofpahang
Foto: Instagram @houseofpahang
Foto: Instagram @houseofpahang
Foto: Instagram @houseofpahang

Sentiasa tampil manis dan bersopan dan paling diingati ialah ketika Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara apabila mengenakan persalinan yang yang pernah dikenakan bondanya Tunku Azizah semasa istiadat pertabalan nenda beliau Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada November 1984.

Foto: Instagram @houseofpahang
Foto: Instagram @istana_negara

Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah juga pernah menemani bondanya, berkenan berangkat untuk menyediakan juadah kepada mangsa-mangsa banjir di Pahang tidak lama dahulu.

Foto: Instagram @houseofpahang
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Istana Abdul Aziz Kuantan, Pahang.
Share
Published by
Hamizatul Maizan