Pernahkah anda mendengar  tentang pengambilan coklat yang boleh menyebabkan penyakit terhadap kesihatan? Pasti sering didengari bukan. Ada yang menyatakan makanan yang dihasilkan daripada buah koko ini mengakibatkan kerosakan gigi, merangsang pembentukan jerawat, meningkatkan berat badan dan tidak kurang juga menjadikan kanak-kanak hiperaktif. Realitinya,  tahukah anda bahawa coklat membawa berbagai-bagai manfaat penting kepada tubuh badan anda?

Meskipun coklat lazimnya dilabel sebagai makanan tidak sihat,tetapi kandungan jenis zat yang terkandung di dalamnya membekalkan sejumlah tenaga yang diperlukan tubuh. Selain menyihatkan tubuh, coklat turut berfungsi memperhebat aktiviti perkembangan otak dan degupan jantung yang kuat. Malah, setiap pengambilan coklat dalam diet harian dengan jumlah yang tertentu dapat menurunkan tekanan darah. Coklat hitam atau dark chocolate misalnya menjadi pilihan penggemar coklat masa kini kerana kandungan antioksidan yang tinggi di samping mengurangkan pembentukan radikal bebas.

IKLAN

 

KATEGORI COKLAT

Empat kategori coklat yang perlu anda tahu adalah coklat tulen atau couverture, coklat tiruan atau masakan, coklat tanpa gula dan coklat berperisa.

 

  1. COKLAT MASAKAN

Turut dikenali sebagai chocolate compound, coklat masakan diperbuat daripada gula, lemak sayur, esen, lesitin dan susu. Ia hanya digunakan dalam masakan seperti membuat kek termasuk brownies dan biskut.

  1. COKLAT COUVERTURE

Digunakan secara meluas oleh pembuat coklat profesional. Ia merupakan coklat asli yang paling sedap dan berkualiti namun sangat sensitif terhadap suhu.

  1. COKLAT TANPA GULA

Juga dikenali di kalangan penghidap diabetes. Ia tidak mengandungi gula biasa kerana menggunakan pemanis tiruan seperti stevia.

  1. COKLAT BERPERISA

Coklat yang sering dinikmati sebagai snek seperti coklat susu, coklat putih dan coklat hitam.

Manisnya Hidup Dengan Coklat!

IKLAN

Kandungan antioksidan yang ada pada coklat adalah 3 kali lebih tinggi daripada teh hijau. Umum mengetahui dan mampu membezakan jenis coklat yang dijual di pasaran namun pasti ramai yang tidak peka akan khasiat dan kandungan yang ada.

  • COKLAT SUSU

Mengandungi kira-kira 12% ramuan susu, 25% koko dan gula yang tinggi. Ia menjadi kegemaran kerana rasanya yang manis dan lembut. Coklat susu mudah hangus saat dicairkan dan mengandungi antioksidan terendah kerana kombinasi bahan-bahan di dalamnya.

  • COKLAT PUTIH

Atau lebih dikenali sebagai white chocolate memiliki sekurang-kurangnya 33% kandungan koko dan selebihnya adalah campuran gula, susu dan vanila. Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes.

IKLAN
  • COKLAT HITAM

Rasanya lebih pekat, berwarna lebih gelap dan mengandungi lebih banyak kandungan berkhasiat untuk kesihatan. Ia tidak mengandungi susu sebaliknya terdiri daripada 70% koko tanpa lebihan gula, lemak tepu atau minyak sayuran terhidrogenasi (HVO).

Manisnya Hidup Dengan Coklat!

TIP MEMILIH COKLAT BERKUALITI

Agak sukar untuk mengenal pasti keadaan coklat yang dibeli kerana coklat yang dijual telah dibungkus kemas tanpa boleh membuka isi di dalamnya. Hanya boleh melihat jenis dan kandungan coklat yang tertera pada label berserta tarikh luput. Pun begitu, anda masih boleh mengetahui kualiti coklat berkenaan setelah membuka bungkusan seperti ciri-ciri yang dinyatakan di bawah.

  • Permukaan coklat halus dan berkilat
  • Coklat hitam memiliki warna coklat yang lebih gelap berbanding coklat lain dan bukan berwarna hitam
  • Saat coklat dipatahkan terdapat beberapa serpihan halus dan bertekstur padat
  • Menghasilkan rasa berkrim tetapi tidak berminyak
  • Cepat mencair kerana kandungan coklat mentega yang tinggi
  • Tidak meninggalkan rasa kelat atau sebarang rasa kurang menyenangkan apabila memakannya

CARA MENYIMPAN COKLAT

  1. Simpan coklat di tempat kering dan dingin di bawah suhu 16 hingga 18 darjah Celsius. Coklat yang disimpan pada suhu kurang daripada itu menyebabkan penghasilan sugar bloom dan seakan mengeluarkan ‘peluh’ apabila disimpan pada suhu bilik. Manakala jika ditempatkan pada suhu tinggi akan mengubah kandungan lemak dan kelihatan sangat berminyak.
  2. Setelah membuka bungkusan, pastikan coklat dibungkus kemas semula agar ada udara yang masuk. Untuk menjaga kualiti coklat ada baiknya ia dipindahkan ke dalam bekas kedap udara.
  3. Elakkan menyimpan coklat dalam peti sejuk. Coklat yang diletakkan di dalam peti sejuk perlu dibiarkan seketika pada suhu normal atau suhu bilik sebelum ia digunakan.
  4. Percaya atau tidak coklat yang disimpan dengan baik boleh tanah selama lebih kurang satu tahun. Walau pun terhasil bintik putih di permukaan coklat namun ia masih selamat digunakan untuk membuat biskut dan sebagainya. Asalkan tidak melebihi tempoh tarikh luput.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI