Hari Jumaat ini kita bakal menyambut kehadiran Ramadan bermakna hanya ada tiga hari sahaja lagi setiap umat Islam akan mula berpuasa. Seperti yang kita tahu, tahun ini puasa kita sedikit berbeza daripada tahun-tahun yang sebelumnya kerana terpaksa tinggal di rumah bagi menyahut seruan kerajaan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Bulan Ramadan begitu istimewa dan dinanti-nantikan kerana di dalamnya terdapat pelbagai keistimewaan. Bulan istimewa ini dijanjikan pahala berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan lain dan terdapatnya solat sunat istimewa yang tidak dilakukan pada hari-hari lain iaitu Solat Sunat Tarawih.

Ads

Manisnya Nikmat Solat Tarawih Tahun Ini Bila Suami Atau Anak Lelaki Mengimamkannya

Jika sebelum ini sudah menjadi kebiasaan kita bersolat di masjid atau surau tetapi tahun ini kita hanya boleh solat sunat tawarih di rumah saja. Ketua keluarga secara tidak langsung bakal mengimamkan solat sunat fardu dan solat sunat sepanjang berlangsungnya PKP ini. Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi telah menitipkan beberapa pesanan untuk bakal imam kita nanti;

Manisnya Nikmat Solat Tarawih Tahun Ini Bila Suami Atau Anak Lelaki Mengimamkannya
Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi

TIP DAN CARA MENJADI IMAM SEWAKTU RAMADAN DI RUMAH

Pada tahun ini, kita akan beribadah dan menghidupkan Ramadan di rumah. Solat wajib, solat sunat tarawih dan ibadat-ibadat lain di rumah bersama ahli keluarga sebaik-baiknya perlu dilaksanakan sepanjang tempoh ini. Solat Fardu 5 waktu dan Solat Sunat Terawih sempena Ramadan kali ini mudah untuk dilaksanakan jika kena pada caranya. Saya kongsikan beberapa cara mudah untuk dilakukan seperti berikut:

Persediaan Emosi

1. Merasa teruja dan gembira dapat menghadapi Ramadan kali ini walaupun terpaksa berada di rumah tanpa peluang ke masjid atau surau. Gembira dalam terharu dan sayu mendapat Ramadan.

Manisnya Nikmat Solat Tarawih Tahun Ini Bila Suami Atau Anak Lelaki Mengimamkannya

2. Menanamkan niat dan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan semua jenis amalan-amalan wajib dan sunat bagi mendapatkan keampunan di samping meraih gandaan kelebihan pahala.

Persediaan Fizikal Ruang dan Kelengkapan

1. Cari sudut atau ruang khas yang dikhususkan untuk aktiviti ibadat dilaksanakan. Hias dan buatlah dekorasi khas untuk menaikkan mood dan semangat ibadat seperti letak sejadah, rehal, quran, tasbih, telekung di kawasan tersebut jika boleh dan ruang tersebut tidak diganggu untuk aktiviti harian yang lain (bilik khas ibadah). Jika tiada ruang bilik yang khas, cari ruang yang tiada gangguan laluan di depan, gambar atau perhiasan yang boleh mengganggu tumpuan di hadapan tempat solat.

2. Gunakan sejadah yang elok dan baik atau pakaian khas solat seperti telekung baru dan bersih, kain sarung dan baju melayu/jubah serta wangian yang indah bagi menaikkan lagi semangat dan memberikan suasana ibadah yang tenang.

Manisnya Nikmat Solat Tarawih Tahun Ini Bila Suami Atau Anak Lelaki Mengimamkannya

3. Rehal yang tinggi diperlukan bagi kegunaan bacaan Imam ketika solat yang ingin pembacaan yang agak panjang. Boleh juga digunakan set audio dalam rumah (karaoke system) sebagai penambah keseronokan bagi bunyi yang lebih baik ketika bacaan yang boleh menambahkan semangat ibadah jika sesuai.

4. Pilih dan dapatkan alatan kelengkapan ibadah yang baik dan elok agar mampu menambah keseronokan dan mood ketika perlaksanaan seperti pakaian yang elok, al-Quran yang besar, cantik dan jelas tulisannya, tasbih yang cantik, sejadah yang agak tebal dan terurus tidak kusut dan tidak mudah tercabut rendanya sebagai contoh.

5. Kesihatan tubuh badan ahli ibadah juga perlu diambil penting bagi mendapatkan tumpuan dan khusyuk dalam solat dan ibadat-ibadat lain. Jika tidak larat berdiri untuk solat tarawih yang lama, boleh duduk sahaja. Jika perlukan kerusi untuk duduk ketika solat, gunalah kerusi yang minimum saiznya tanpa penyandar dan tidak mengganggu ahli keluarga yang turut berjemaah.

6. Alihkan gangguan bunyi atau gangguan bayi kecil dengan persiapan mainan atau kelengkapan makanan bersama ketika ibadah.

Manisnya Nikmat Solat Tarawih Tahun Ini Bila Suami Atau Anak Lelaki Mengimamkannya

Ads

Persediaan Ilmu

Seorang suami atau ayah WAJIB mendalami selok belok hukum-hakam dan ilmu berkaitan semua ibadah terutama ibadah di dalam Ramadan. Fahami tentang keutamaan antara ibadah-ibadah yang dilakukan. Solat adalah tunggak dan tunjang ibadah dalam semua ibadah Ramadan termasuk puasa. Berapa ramai ibu ayah yang mengutamakan anak-anak untuk sahur dan puasa tetapi mengabaikan kepentingan solat subuh dan solat-solat fardu-fardu lain malah ada yang mengutamakan tarawih berbanding solat fardu.

Ulangkaji pelbagai soal jawab persoalan ibadah Ramadan seperti perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang membatalkan pahala puasa yang sebenarnya lebih banyak dan utama untuk dijaga berbanding perkara yang membatalkan puasa. Dalami juga ilmu tentang Al-Quran, zikir, sedekah dan semua ibadat-ibadat yang ingin dilaksanakan sepanjang Ramadan supaya matlamat ibadat itu benar-benar tercapai dan diterima oleh Allah SWT.

Berikut adalah tip menjadi Imam solat fardu atau tarawih bagi Ramadan dalam tempoh PKP kali ini;

1. Imam WAJIB membaca Surah Al-Fatihah dan SUNAT membaca surah-surah lain selepas Al Fatihah. Langkah paling asas dan mudah adalah membaca surah lazim daripada Surah Al-Dhuha hingga Surah Al-Nas selepas Al Fatihah dan hendaklah mengikut turutan susunan surah dari awal hingga akhir. Jika tersilap susunan, solat masih sah tetapi hukumnya makruh. Jika tersilap rakaat pertama membaca surah An Nas maka ulangi surah yang sama pada rakaat kedua bagi mengelakkan salah turutan surah.

2. Tidak menjadi masalah jika imam mahu membaca Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Ikhlas sahaja sepanjang Solat Fardu atau tarawih, tetapi digalakkan untuk mempelbagaikan surah-surah yang dihafal dan dilazimi. Ketua keluarga ambil peluang ketika PKP ini untuk menghafal surah-surah baru sebagai koleksi surah lazim yang dihafal dan menambahkan kredibiliti sebagai seorang Imam yang baik.

Manisnya Nikmat Solat Tarawih Tahun Ini Bila Suami Atau Anak Lelaki Mengimamkannya3. Tidak menjadi masalah jika imam mahu membaca satu atau dua ayat Al-Quran bagi setiap rakaat namun lebih panjang lebih baik.

Ads

4. Jika ada imam yang mahu membaca surah atau ayat panjang untuk mengambil kelebihan tilawah al-Quran sepanjang Ramadan tetapi dia tidak hafal maka dia letakkan mashaf al-Quran di atas stand al-Quran atau meja yang tinggi di hadapan Imam yang mudah untuk dibaca ketika solat. Boleh guna telefon bimbit untuk membaca bacaan surah dalam solat jika tidak mengganggu tumpuan dan pergerakan ketika solat namun digalakkan gunalah mashaf al-Quran dan diletakkan di hadapan untuk mengelakkan pergerakan dan menambah keselesaan dan tumpuan.

5. Pastikan ayat al-Quran dibaca dengan tajwid yang betul dan solat dilakukan dengan tenang dan penuh tertib.

6. Berselawat di antara 2 rakaat tarawih dibenarkan sebagai rehat antara 2 rakaat namun ianya tidak wajib dan tiada masalah sebab ia bukan rukun Solat Terawih. Boleh juga diganti dengan zikir-zikir yang lain.

7. Pastikan rehat sebentar antara 4 rakaat Solat Terawih. Kalau agak sukar membaca selawat maka boleh baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Boleh dilaksanakan tadabbur ayat-ayat yang telah dibaca sepanjang 4 rakaat awal tadi sebagai mengisi masa rehat antara 4 rakaat solat tarawih.

9. Apabila memasuki malam 16 Ramadan dan seterusnya, maka disunatkan membaca Doa Qunut pada rakaat akhir Solat Witir.

10. Latih anak-anak terutamanya anak lelaki untuk menjadi bilal di rumah sama ada azan atau iqomah sebagai latihan awal untuk mereka.

11. Pastikan susunan saf di atur dengan baik mengikut sususan yang betul jika keadaan ruang muat dan sesuai, jika tidak, memadai imam di depan, lelaki di belakang sedikit daripada imam dan wanita di belakang jemaah lelaki walaupun sususan agak jadi berat sebelah, kurang tepat teratur dan seumpamanya.

Manisnya Nikmat Solat Tarawih Tahun Ini Bila Suami Atau Anak Lelaki Mengimamkannya

12. Jika Imam dan makmum adalah semuanya wanita, seperti contoh hanya ada ibu dan anak-anak perempuan, maka memadai dimulakan solat dengan Iqomah sahaja tanpa meninggi suara terlalu kuat ketika bacaan dalam solat. Manakala susunan saf solat perempuan berada dalam satu saf dan ibu hanya perlu terkehadapan sedikit sahaja daripada anak-anak perempuan dalam solat tersebut.

13. Jika ada anak lelaki yang sudah mumayyiz walaupun belum cukup umur baligh, dibolehkan untuk menjadi Imam bagi ibu atau ayah serta ahli keluarga lain yang mungkin tidak berkeupayaan sebab sakit dan seumpamanya dengan syarat, dia memahami semua hukum hakam solat, syarat sah dan rukun solat serta mempunya bacaan yang baik dan lancar. Sebaik-baiknya pilihlah yang telah baligh dan jika tiada, anak yang mumayyiz dibenarkan dengan syarat-syarat tadi.

Semoga Allah menerima Ibadah-ibadah Ramadhan kita semua dengan sebanyak-banyaknya gandaan pahala, keampunan daripada segala dosa serta dimasukkan dikalangan golongan yang bertaqwa di sisi Allah SWT.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI