Manjakan Diri Di Rumah Boleh Hilangkan Bosan Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan! Jom Cuba!

Dunia hari ini diserang wabak Covid-19 yang menyebabkan pergerakan untuk keluar daripada rumah menjadi terhad. Banyak perkara perlu diambil berat dan perlu diselesaikan sebelum kita dibolehkan menjalani kehidupan seperti biasa. Namun, walaupun kita tidak dibenarkan keluar rumah, jangan sesekali mengabaikan perihal kesihatan dan kecantikkan diri sendiri.

Mungkin sebelum ini, sesetengah daripada anda sering ke spa untuk membuat rawatan manicure, pedicure, dan juga facial. Namun, perkara ini masih boleh dibuat di rumah saja malah lebih menjimatkan kos. Tak percaya? Jom Nona kogsikan tip memanjakan diri di rumah!

SKRUB BADAN

young woman with salt-peeling-mask

Trick ini adalah benda yang sama digunakan di kebanyakkan spa terkemuka, cuma yang membezakannya adalah suasana tempat itu dan cara urutan mereka. Antara bahan yang anda perlukan untuk mengembalikan kulit halus itu adalah:

o ½ cawan gula perang
o ¼ cawan minyak zaiton
o 4 sudu besar madu
o 2 sudu besar serbuk kulit kayu manis

Campurkan kesemua bahan itu dan lumurkan ke seluruh badan anda, biarkan ia kering dan sambil anda ingin mengeluarkannya urut bahan tersebut perlahan-lahan di permukaan kulit anda.

HILANGKAN EYE BAG

Sebagai seseorang yang bekerjaya, panda eyes sudah menjadi signature look bagi setiap orang yang melaluinya oleh itu jadikan remedi ini sebagai tabiat dan anda akan mendapat wajah yang lebih segar before you even know it!

anda hanya perlukan:

o Segengam daun pudina
Tumbukkan daun pudina itu sehingga hancur dan tekapkan pada bawah mata anda 20 minit pada setiap hari.

MASKER RAMBUT

Satu sesi terapi rambut di salon boleh mencecah ratusan ringgit, apa kata anda cuba resepi ini dan lakukannya sendiri di rumah. Ia bukan sahaja akan melembutkan rambut anda tetapi pada masa yang sama menguatkan dan memberikan sinar semulajadi. Bahan yang diperlukan adalah:

o 2 biji telur
o 5 sudu besar minyak zaitun
o Beberapa titik minyak Lavender

Adun kesemua bahan tersebut sehingga anda mencapai konsistensi seperti mayonis, kemudian lumurkan ke seluruh rambut anda dari akar hingga hujung. Balut dan biarkannya selama 40 minit kemudian cuci sehingga bersih. Ulang terapi ini setiap minggu dan anda akan mendapatkan keputusan yang sangat mengagumkan.

Share
Published by
Fadhli Ismail