Manjakan Diri Di Spa Cara Mira Filzah Legakan Tekanan. Ada lagi rahsia cantik Ratu Telenovela 2019 ini!

“All you need is a beauty sleep to get a beautiful skin, darling”-MF

Sungguh mendalam makna tagline produk kesihatan dalaman yang dilancarkan oleh Mira Filzah baru-baru ini sekaligus menggambarkan rahsia penjagaan kecantikan pelakon yang baharu memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular melalui drama Pujaan Hati Kanda. Malah, Mira turut dinobatkan sebagai Ratu Telenovela 2019.
Sebagai pelakon yang wajahnya sering mengenakan alat solekan dan ada kalanya terdedah kepada sinaran matahari di lokasi penggambaran, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26 amat menitikberatkan penjagaan kulit wajahnya.

“Memandangkan Mira sentiasa terikat dengan jadual aktiviti seninya yang tidak menentu, Mira lebih gemar memilih regim penjagaan wajahnya yang tidak terlalu complicated. Kurangkan makanan berminyak, lebihkan minum air masak dan menggunakan krim pelindung matahari serta pelembab, menjadi amalan harian Mira,” ujar Mira yang gemar memanjakan diri di spa sekiranya tidak terikat dengan jadual penggambaran.
Namun dengan jadual kerja yang kian padat, Mira perlu mencari produk dua dalam satu iaitu yang boleh berfungsi menjaga kesihatan dan kecantikannya.

“Menjadi hasrat Mira untuk berkongsi tips penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan peminat yang menjadi penyokong utama kerjaya seni Mira. Lalu tercetuslah idea mengeluarkan produk sesuai untuk kegunaan siang dan malan iaitu Luna Day dan Luna Night,” ujar Mira di majlis hi-tea sempena pelancaran produk kesihatan baru-baru ini.
Luna merangkumi semua aspek kesihatan dan kecantikan, khusus untuk wanita yang mahu tampil sihat dan jelita. Produk ini dikeluarkan dalam dua rangkaian untuk penjagaan siang dan malam. Luna Day berfungsi untuk mencerahkan kulit, melindungi kulit dari sinaran UV, mengekalkan keanjalan kulit dan memberikan tenaga luar biasa sepanjang hari.
Sementara itu, pengambilan Luna Night pada waktu malam pula berfungsi untuk memberi anda tidur yang lena dan nyenyak secara langsung membenarkan kulit kita melalui proses baik pulih termasuklah menghilangkan masalah jerawat dan parut degil.

Berbalik pada kerjaya seninya, Mira bersyukur kerana tahun 2019 merupakan tahun gemilang untuk kerjaya seninya dan menanamkan azam untuk meneruskan momentum itu untuk tahun akan datang. Malah, ketika ditanya mengenai produk lakonan filem dan drama, jadual pelakon ini jadualnya telah penuh sehingga ke penghujung tahun 2020.
“Alhamdulillah tawaran yang Mira terima tidak putus-putus dan Mira amat berterima kasih terhadap sokongan dan dorongan peminat yang mendoakan kejayaan Mira. Inysaallah Mira akan bekerja dengan lebih lagi untuk tahun hadapan,” ujar Mira yang amat teruja dapat berkongsi produk kesihatan yang diamalkan ini bersama para peminat.

Share
Published by
Rosmah Idayu