Pertemuan memberikan manusia dua hal… Pelajaran hidup atau teman hidup.

Allah mempertemukan manusia untuk satu alasan. Entah untuk belajar atau mengajarkan. Entah hanya untuk sesaat atau selamanya. Tapi tidak pernah ada yang sia-sia.

Ads

Garis kehidupan dua bintang filem era 80-an dan 90-an ini, kembali merebut perhatian generasi 2017. Dato’ Ziela Jalil dengan kisah kejayaan anak perempuannya, Dr. Puteri Julia Nabilah serta Edika Yusof, tentang pengorbanannya sebagai seorang suami yang menjaga isteri lumpuh.

Satu perkara yang mirip tentang mereka, kedua-duanya disanjung kerana nilai kasih sayang dan setia yang TERTINGGI. Bernafas pada zaman dimana sifat kasih sayang memudar dan manusia semakin selfish, Dato’ Ziela Jalil dan Edika Yusof melangkau ekspektasi itu biarpun dalam serba kekurangan.

Dato’ Ziela Jalil

Manusia Tidak Berubah Kerana Zaman, Tapi Kerana Satu PERTEMUAN. Ini Kisah Sayu Dato’ Ziela Jalil & Edika Yusof

Isteri kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob ini sendirian membesarkan tiga orang cahaya mata (seorang anak angkat) selepas suami tercinta pulang ke rahmatullah pada tahun 2008.

Namun kudrat ibu tunggal jangan diperkecilkan. Berkat kesabaran dan rasa cintanya yang agung, Dato’ Ziela buktikan dia mampu memberikan pendidikan terbaik kepada mereka hingga menjadi insan yang berguna.

Puteri sulungnya, Puteri Julia Nabilah, 24, baru sahaja tamat pengajian dari Royal College of Surgeons (RCSI) di Ireland. Bukan saja bijak intelektual, malah Nona bangga melihat hasil didikan Dato’ Ziela terhadap puterinya itu… cantik berhijab dan berbudi bahasa orangnya.

Edika Yusof

Manusia Tidak Berubah Kerana Zaman, Tapi Kerana Satu PERTEMUAN. Ini Kisah Sayu Dato’ Ziela Jalil & Edika Yusof

Ads

Kini tampil dengan identiti botak, aktor dan model terkenal era 90-an ini kelihatan masih segak dan mempunyai aura bintang yang cukup kuat, meskipun setelah 20 tahun menyepikan diri.

Biarpun pernah terpalit pelbagai kisah negatif, kaki disko… playboy… dan paling mengerikan, pernah dipukul sekumpulan gengster di Bukit Bintang, Edika bangkit membuktikan harga dirinya tidak semurah itu.

Paling menguji, tentu sekali ketika isterinya yang tiba-tiba diserang demam selepas kelahiran anak kedua mereka dan seterusnya mengakibatkan dia lumpuh dari paras dada ke bawah.

Sejak itu Edika tekad mengabadikan dirinya, untuk isterinya. Tiada wanita kedua, kerana isteri tercinta sudah cukup sempurna di mata.

Ads

Semua ini, dan banyak lagi kupasan kisah terkini Dato’ Ziela Jalil dan Edika Yusof dalam satu naskhah, Nona September 2017. Bakal berada di pasaran berhampiran anda. Norzalina Mohd Alias

Manusia Tidak Berubah Kerana Zaman, Tapi Kerana Satu PERTEMUAN. Ini Kisah Sayu Dato’ Ziela Jalil & Edika Yusof

Manusia Tidak Berubah Kerana Zaman, Tapi Kerana Satu PERTEMUAN. Ini Kisah Sayu Dato’ Ziela Jalil & Edika Yusof

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI