Margot Robbie Sebagai ‘Barbie Manusia’, Bongkar Rahsia Cantik Cuma Suka Ketawa & Tidur!

Pemilihan aktres Australia, Margot Robbie sebagai aktres filem Barbie dilihat tepat, meskipun sebelum ini wujud ‘Barbie Manusia’ lain yang mengamalkan pembedahan plastik. Berusia 32 tahun, semak amalan kecantikan selebriti kelas A ini yang mengagumkan!

Tampil dengan kecantikan luar biasa, bermata biru, berambut perang, berpinggang kecil dan berkaki panjang, tubuh badan patung Barbie sejak dulu mencipta standard kecantikan yang hampir tidak realistik untuk dicapai.

Namun Margot Elise Robbie terpilih membintangi filem terbitan produksi LuckyChap Entertainment tersebut sebagai Barbie berdasarkan kecantikan semula jadinya yang bertaraf ‘camera ready’. 

Alangkah sempurna ciptaan Tuhan, memang tak puas mata memandang wajah si cantik, Margot Robbie!

 

 

Margot Robbie mengenakan persalinan serba pastel daripada koleksi Versace Fall-Winter 1994

 

Tapi usah terkejut jika aktres dengan bayaran antara yang tertinggi di dunia ini sebenarnya hanya mengamalkan produk-produk penjagaan kulit biasa.

Isteri kepada pengarah filem Tom Ackerley itu juga mengamalkan gaya hidup sihat termasuk aspek penjagaan diri.

Beliau menolak prosedur estetik kerana tiada jalan pintas untuk menjaga kulit, kecuali menjaganya sebaik mungkin. Beliau juga percaya bahawa ketawa adalah rahsia kecantikan sebenar – ‘laughing is the best medicine and the quickest way to a gorgeous, natural flush.”

 

 

 

Cantik, popular dan isteri terbahagia, jom intai rahsia cantik Margot Robbie ni…

 

(1) Mengurut Muka

 

Perhatikan tulang pipinya dan garis rahang yang sharp… Margot Robbie sememangnya wanita bertuah yang dianugerahkan struktur tulang wajah yang hebat.

Menurut mekap artis Pati Dubroff, aktres itu sebenarnya sangat menyukai urutan muka. Ia dibuat sebelum teknik ‘contouring’ mekap bagi melancarkan peredaran darah dan memberikan seri natural pada wajah.

Caranya, mula daripada bahagian tengah wajah dan urutkan menghala keluar (cuping telinga). Buat beberapa minit untuk mendapatkan wajah yang lebih glowing serta-merta.

 

(2) Bersihkan Muka 2x Sehari

Margot Robbie membersihkan wajahnya dua kali sehari. Beliau memulakan rutin membersihkan wajah semasa mandi pagi dan paling penting, pastikan ia dibersihkan semula sebelum tidur agar kulit tidak tersumbat atau ditumbuhi jerawat.

 

(3) Manfaatkan Kebaikan Asid Hydroxy

Apabila ke luar negeri, Margot Robbie sering menggunakan pad eksfoliasi untuk membersihkan wajahnya. Ia diinfusi dengan kombinasi asid salisilik, asik glikolik dan aloe vera untuk menyingkirkan sel mati, mencegah jerawat serta menyamaratakan tona kulitnya.

Asid Alpha dan Beta Hydroxy (AHA + BHA) merupakan bahan aktif berkuasa yang sangat efektif untuk mengatasi masalah liang pori tersumbat. Ia sering digunakan dalam produk penjagaan wajah.

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/tak-pernah-segan-tunjuk-rambut-beruban-7-selebriti-wanita-ini-bangga-lalui-usia-senja/

 

(4) Wajib Guna Krim Mata

Salah satu produk utama dalam rutin penjagaan wajah Margot Robbie adalah krim mata. Dalam satu temu bual, aktres ini dedah rahsianya menyapu krim mata sebaik siap mandi.

Krim mata ini sangat membantu untuk mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata dan masalah sembap atau keletihan mata.

 

(5) Sentiasa Pakai Krim Pelembap

Antara amalan Margot Robbie adalah menyapu dua lapisan krim muka kesukaannya dua kali sehari – setiap pagi dan malam – bagi mengatasi kekeringan dan menyerlahkan seri wajahnya.

Melembapkan kulit sangat penting untuk menguatkan pertahanan kulit, selain melembut dan menghaluskan wajah.

 

(6) Simpan Facial Mist Dalam Beg

Salah satu keperluan penting dalam beg tangan Margot Robbie adalah facial mist. Ia akan disembur ke wajah untuk menyegarkan kulit dan memastikan kompleksinya anjal secara semula jadi.

“Saya bukan peminat tegar serum kerana kulit saya jenis sensitif. Tapi saya sangat menyenangi facial mist.” Margot Robbie

Facial mist patut disimpan dalam beg untuk kegunaan pada bila-bila masa. Selain mencegah kekeringan kulit, ia juga memastikan mekap tahan lama dan membantu mengurangkan penampilan garis halus.

 

(7) Mengutamakan Beauty Sleep

Menurut Sleep Foundation, manusia memerlukan sekurang-kurangnya tujuh jam tidur setiap malam untuk kekal sihat. Margot Robbie pula mengamalkan 10 jam.

Aktres jelita ini sangat mengutamakan waktu rehat dan sanggup meluru pulang ke rumah semata-mata untuk tidur. Beliau percaya bahawa tidur secukupnya penting untuk menjaga kesihatan serta penampilan diri.

“Saya rasa badan saya lebih sihat jika dapat tidur yang cukup, daripada habiskan masa sejam di gym…” Margot Robbie

Share
Published by
Norzalina