Memang tak pernah jemu tengok kecantikan yang dimiliki Thalia! Sekali terpandang wajahnya mesti nak tengok berkali-kali. Bagi peminat drama Latin pasti mengenali aktres rupawan yang pernah membintangi telenovela popular Maria Mercedes tahun 1992 ini.
Aura mempersona selebriti Mexico ini memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Mana tidaknya, tanggal 26 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran ke-52 Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda.
Dirai suami tercinta dan kenalan rapat, Thalia yang anggun mengenakan persalinan dress berkongsi momen sambutan hari lahir baru-baru ini. Ujarnya, “Happy birthday to me.”
Kredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thaliaKredit Instagram @thalia
Melihat penampilan dan raut wajah bintang Rosalinda ini, meskipun sudah berusia lebih 50 tahun namun aura Thalia tetap menyerlah. Seri wajahnya sejak membintangi telenovela popular berkenaan tetap memikat.
Ads
Thalia bergelar isteri kepada Tommy Mottola yang juga Pengerusi Mottola Media Group dan bekas CEO Sony Music pada 3 Disember 2000.
Hasil perkongsian hidup bersama jutawan kelahiran Amerika berkenaan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 15 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 12 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan lebih 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’. Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.
Rasa basah, berlendir dan tidak selesa merupakan antara keluhan biasa yang dialami oleh wanita tentang keputihan. Masalah sulit yang menyebabkan seluar dalam berbau ini juga bukan sekadar merimaskan, malah turut menjadi petanda jangkitan kuman seperti sifilis dan gonorea.
Selain itu, ia juga boleh menjadi tanda-tanda kanser serta mengancam kesuburan seseorang wanita tanpa disedari.
Pada kebiasaannya, pengeluaran cecair berlaku semasa proses evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual serta kehamilan. Cairan yang keluar ini lazimnya tidak konsisten, kadang-kadang pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau.
Ada kalanya, ia berbau dan tidak berbau, menyebabkan kegatalan atau tidak langsung. Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir, radang dan mengundang kegatalan.
Semula Jadi
Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia bertugas untuk melindungi sel-sel dan dinding saluran faraj daripada kekeringan serta dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progesteron dalam darah wanita. Masalah kekeringan faraj kerap dialami oleh wanita menopaus sehingga boleh menyebabkan rasa sakit dan berdarah sewaktu bersama suami.
Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mengalami masalah keputihan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon dan mampu menyebabkan jangkitan kulat kerana dalam tempoh ini, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glikogen. Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj.
Contoh keputihan yang abnormal
Jangkitan kulat mengeluarkan lendir yang berwarna putih atau kekuningan dan berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat ‘candida’ atau ‘monillia’.
Jangkitan kuman ‘trichomonas’ yang mengeluarkan cairan berwarna kehijauan serta rasa gatal.
Jangkitan bakteria ‘vaginosis’ yang mengeluarkan cairan berwarna kelabu dan berbau.
Penyakit yang menular melalui perhubungan seks mengeluarkan cairan yang bersifat cheesy, berbau dan bercampur darah.
Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal dan disertai bau busuk.
Penyebab Keputihan
Vaginitis atropik yang timbul pada waktu usia lanjut (menopaus) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen.
Ubat seperti antibiotik atau yang mengandungi estrogen.
Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja/tidak sengaja ada di dalam vagina.
Langkah Pencegahan
Jagalah kebersihan intim bagi mencegah keputihan. Pastikan seluar dalam sentiasa kering dan gunakan panty liner yang sesuai (daripada jenis kain).
Tidak menggunakan cecair pencuci vagina secara rutin atau berlebihan. Kandungan sabun boleh menjejaskan pH semula jadi vagina yang penting untuk melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
Elakkan tekanan berlebihan.
Pastikan kadar gula stabil bagi penghidap kencing manis (diabetes).
Berjumpa pakar dengan segera apabila keputihan keluar secara abnormal. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak syak lagi, Datin Seri Maria Farida mewarisi gen cantik daripada ibu tersayang. Melihat gambar anak dan ibu ini, tidak hairanlah pelakon wanita berkenaan masih kelihatan anggun jelita walau sudah meningkat usia. Tengok sahaja raut wajah ratu hati Datin Seri Maria ini, ibarat tidak menua!
28 Mac lalu isteri Datuk Seri Rahman Shakur ini genap berusia 55 tahun. Walau dah meniti usia 50an namun pesona Datin Seri Maria Farida tetap memikat.
Apatah lagi, ramai dalam kalangan peminat seni tanah air mengagumi kecantikan yang dimiliki wanita berketurunan Melayu-Filipina berkenaan.
Pendek kata, persis anak dara! Kalau tengok wajah dan penampilan ramping Datin Seri Maria, mesti ada yang percaya ibu tiga cahaya mata ini baru berusia sekitar 30an.
Ternyata, bintang filem Bisikan Cinta berkenaan bertuah kerana Datin Seri Maria Farida warisi gen cantik ibu tersayang. Difahamkan ibu Datin Seri Maria iaitu Mahani Maidin atau dikenali sebagai Aunty Mahani merupakan bekas penari.
Sebelum ini Datin Seri Maria pernah berkongsi video yang memaparkan ibunya membuat persembahan tarian sekitar tahun 1975.
Tulisnya, “My mummy. Back in the 70’s when I was just a little girl, not knowing that my mom was a ballerina and traditional performer. Everyone in that era knows her. So I guess that’s where I got some of my talent.”
Dalam temu bual bersama Datin Seri Maria bersama Nona sebelum ini, dia bersyukur atas kurniaan yang diterima hari ini.
“Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif.
Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Apabila sudah nekad untuk mengamalkan diet yang sihat menjelang tahun baru ini, anda tidak seharusnya menyekat pemakanan seharian. Dalam diet yang sihat perlu mengambil pemakanan seperti biasa cuma kuantitinya yang perlu dikawal.
Minggu demi minggu mengamalkan langkah demi langkah pengambilan makanan yang sihat. Pakar Pemakanan menyarankan agar menurunkan 1,300 kalori sehari buat permulaan. Jangan makan lewat malam dan amal pengambilan makanan yang penuh nutrisi mengikut keperluan diri.
Segelas jus oren mengandungi sedikit sari buah dan tidak mempunyai fiber daripada oren. Manakala jika makan sebiji buah keseluruhan nutrisi buah dapat dinikmati.
Ayam ditumis dengan sedikit minyak lebih sihat daripada ayam goreng dalam minyak yang penuh. Bagi menambah rasa, tumis sekali sayur-sayuran pelbagai warna. Tentu enak dan menyelerakan.
Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan di pasar basah atau kedai runcit lebih segar berbanding dengan produk import. Produk segar daripada ladang lebih kaya khasiat dan vitamin serta mineralnya.
Makan anggur yang telah mengalami proses sejuk beku boleh membantu mengurangkan kalori jika dibandingkan dengan buah yang telah dijadikan ais krim (popsicle). Ditambah pula dengan gula popsicle dan gula semula jadi anggur!
Beras perang mengandungi kurang kanji berbanding beras putih. Mengawal pengambilan nasi boleh membantu mengurangkan berat badan.
Jika sudah biasa menggunakan mentega sebagai lepa di atas roti cuba ubah menggunakan buah avokado. Pasti lebih sihat dan yang penting tidak mengandungi lemak.
Bagi melengkapkan sarapan yang penuh khasiat ambil telur rebus bagi menikmati khasiat protein. Telur goreng? Cuba elak mengambil minyak di pagi hari.
Lebih elok mengambil sumber kekacang berbanding mentega kacang. Ini kerana mentega kacang mengandungi lebih lemak dan gula berbanding kacang.
Setiap hari mengambil bagel (354 kalori) ketika sarapan dan kini sudah tiba masa untuk tukar kepada roti panggang (164 kalori). Elak disapu dengan mentega namun boleh ditambah dengan satu sudu teh madu (64 kalori) atau setengah cawan keju kotej (90 kalori).
Kopi ais kisar biasanya akan ditambah dengan susu penuh krim dan krim. Ada juga yang ditambah dengan manisan daripada buah-buahan yang diawet. Kandungan kalori yang terdapat dalam kopi ais jenis ini adalah 370 kalori dan 15 gram lemak. Manakala kopi biasa tidak mengandungi kalori tetapi ditambah dengan krim (24 kalori per satu sudu teh) dan gula (16 kalori per satu sudu teh).
Omelettes biasanya menggunakan 2 biji telur dan sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 5 gram lemak. Manakala putih telur sahaja hanya mengandungi 16 kalori dan tidak mengandungi lemak.
280 gram hidangan sup krim brokoli mengandungi 160 kalori dan 9 gram lemak. Manakala sup ayam bersama mi mengandungi 110 kalori dan 2 gram lemak dalam kuantiti hidangan yang sama.
Jika biasanya anda mengambil daging dua kali seminggu cuba ganti dengan ikan. 75 gram stik daging mengandungi 230 kalori dan 14 gram lemak berbanding dengan hanya 80 kalori dan 1 gram lemak pada ikan kod bakar dalam kuantiti hidangan yang sama.
Inginkan sesuatu yang manis? Makan satu cawan ais krim perisa strawberi mengandungi 500 kalori dan 16 gram lemak. Apa kata tukar dengan satu cawan buah strawberi yang hanya mengandungi 56 kalori sahaja. Boleh cicah dengan ¼ cawan krim dengan ekstra 30 kalori dan 2 gram lemak.
Roti yang berinti 6 inci bebola daging mengandungi 580 kalori dan 24 gram lemak. Manakala roti yang berintikan dada ayam hanya mengandungi 280 kalori. Sayur-sayuran yang diletak di dalam roti mengandungi 230 kalori dan 3 gram lemak.
Tukar pengambilan satu tin air karbonat setiap hari dengan segelas air putih yang ditambah dengan hirisan lemon, timun dan daun pudina untuk rasa yang lebih segar. Menukar minuman ini anda boleh ‘jimat’ sebanyak 140 kalori.
Pemakanan roti putih dengan banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula dalam darah (indeks glikemik yang tinggi). Manakala roti gandum penuh tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses pengurangan nutrien yang dipanggil bleech.
Kandungan garam dan serbuk perisa yang terdapat di dalam yang telah bersalut sukar ditafsirkan. Lebih baik ambil kekacang tanpa ditambah sebarang sumber asing.
Tukar coklat panas dihidangkan bersama susu penuh krim serta ditambah pula krim yang manis kepada coklat panas dengan susu rendah lemak.
Penukaran air karbonat kepada air putih boleh mengurangkan kalori sebanyak 140 kalori.
Cara yang mudah untuk mengurangkan kalori adalah menukar susu kepada susu rendah lemak. 225 gram susu penuh krim mengandungi 146 kalori berbanding susu rendah lemak hanya 83 kalori.
Jika setiap hari minum air kola cuba tukar kepada jus buah-buahan. Jus buah berkhasiat lebih-lebih lagi jika berserat.
Tuna yang ditinkan bersama air mengandungi kandungan kalori sebanyak 190 kalori. Manakala tuna yang ditinkan bersama minyak mengandungi 340 kalori.
Kandungan gula yang tinggi pada bijirin yang bersalut gula ini patut diletak tepi. Cuba ambil biji-bijiran daripada sumber yang asli atau tidak bersalut terutama dengan gula.
Yogurt greek mempunyai nilai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa. Bagi menambah lagi nutrisi masuk buah-buah yang kaya dengan antioksida dan fiber.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...